‘Benda Dh Berlaku, Nak Taknak Sy Kenalah Terima Dgn Reda’ – Luahan Nico, Terpaksa Minta Bntuan Kerajaan

” Benda dah berlaku, nak tak nak saya kenalah terima dengan reda,”

Demikian luahan penyanyi rap terkenal 1990-an, Nico berikutan lokasi kedai makan miliknya di Menara PJD, Jalan Tun Razak, di sini, yang ditenggelami air dalam kjdian bnjir, baru-baru ini.

Nico atau nama sebenarnya Abdul Fashah Abdul Aziz, 50, berkata, dia kerugian kira-kira RM8,000 apabila peralatan di kedai makannya yang menyajikan makanan Cina Muslim dan roti bakar rosak truk akibat ditenggeIami air hingga paras kepala.

” Kami ambil masa tujuh hari untuk bersihkan tempat ini dan semalam adalah hari terakhir pembersihan.

” Semasa kjadian, barang-barang elektrik terapung. Setakat ini saya hanya cuci saja dan biarkan.

” Peralatan pembakar roti yang saya ikat dalam plastik semuanya hilang dan mungkin hanyut. Rangka meja makan ada tapi papannya hilang,” katanya kepada HarianMetro.

Gambar: barang-barang di kedai Nico yang rosak truk

Sudah minta bantuan kerajaan

Nico berkata, dia sudah meminta bantuan daripada kerajaan. Dalam masa sama, dia juga sudah buat laporan polis dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta beberapa pihak lain.

” Sejak kecil saya yang tinggal di Kampung Baru dah kerap kena bnjir. Jadi, untuk kali ini saya tabahkan hati,” katanya.

Nico yang menyertai Gegar Vaganza 8 menerusi kumpulan Nico G bersama Affa dan Dino bersyukur apabila pengarah, Opie Zami menawarkannya berlakon sitkom hujung bulan ini.

” Inilah yang dikatakan seorang sahabat yang baik. Tawaran Opie ibarat mengubati kesedihan saya. Program berjudul Sketsa Awesome ini akan disiarkan menerusi Awesome TV.

” Saya antara lima pelakon yang terpilih untuk sitkom 13 episod ini. Syukur Opie dah banyak kali bagi peluang saya terbabit dengan produksinya sejak 2018 lagi,” katanya.

Kisah mengenai Nico yang bergelut dalam mencari rezeki susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pndemik menarik perhatian ramai tahun lalu.

Menerusi satu artikel Hmetro pada Julai lalu, Nico bagaimanapun mengatakan dia bersyukur segala keperluan harian seisi keluarganya masih cukup walaupun terpaksa menutup perniagaan kedai makannya.

Kata Nico, pendapatannya masih ada dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual popiah.

” Alhamdulillah, keperluan harian semuanya cukup. Apa pun saya kena berjimat cermat. Syukur kerana masih ada pendapatan kecil untuk menampung perbelanjaan rumah.

Dalam masa sama, Nico yang juga anggota kumpulan Nico G turut mengambil inisiatif menggunakan masa di rumah dengan mendalami ilmu produksi sebagai bekalan untuk menceburi bidang belakang tabir selepas ini.

” Saya banyak fokus belajar ilmu produksi dengan pengarah, Opie Zami yang sudi memberi tunjuk ajar secara sukarela.

” Bagi saya, ini peluang keemasan untuk saya belajar terutama dalam pengendalian aspek audio produksi.

” Saya memang ada perancangan untuk buat produksi sendiri nanti.

” Disebabkan itulah penting untuk saya belajar selok-belok itu daripada Opie supaya boleh digunakan dalam penerbitan program atau drama selepas ini,” katanya.

Gambar: Nico bersama Opie

Nico turut terharu apabila ramai rakan industri hiburan turut bertanya khabar mengenai keadaannya dari semasa ke semasa.

Dia turut memuji dan menghargai inisiatif-inisiatif diadakan persatuan seni membuka peluang pendapatan buatnya.

” Sejak berita mengenai penutupan perniagaan saya dilaporkan, ramai yang menghubungi saya. Terharu pula apabila mereka ambil tahu dan kisah mengenai keadaan saya.

” Bagaimanapun, saya okay saja dan bersyukur ada saja pendapatan masuk biarpun kecil termasuk menjual popiah.

” Seniman (Persatuan Seniman Malaysia) juga turut membuka peluang buat saya dapatkan tawaran pendapatan dalam industri ini.

” Ia termasuk untuk menjadi jurucakap kepada bengkel maya anjuran Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia).

” Saya sudah hantar permohonan untuk menjadi jurucakap dalam acara itu yang turut memberikan bayaran,” katanya.

Sebelum ini, Nico terpaksa menutup seketika perniagaan medan selera yang diusahakannya di bangunan Menara PJD, di sini berikutan pelanggan semakin berkurangan.

Malah ketika itu Nico berkata, dia terpaksa bergantung kepada duit simpanan. Namun, duit simpanan juga hampir habis digunakan.

Ditubuhkan pada 1992, kumpulan Nico telah disifatkan sebagai perintis terawal muzik hip hop di Malaysia. Mereka terkenal dengan mengetengahkan muzik jalanan dan G Funk.

Sepanjang tempoh itu, Nico merakamkan tiga album iaitu Buatan Los Angeles (1993), Realiti (1995), Alamak! (1996).

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*