‘Bukan Taknak Bayar Hutang Tapi’ – Nico Tertekan Kdai Makan Kena Tutup, Job Berlakon Pun Takde

” Sekarang ni saya duduk rumah je..”

Itu pengakuan penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G iaitu Nico yang kini berdepan caba.ran get1r di mana hvtang semakin tinggi manakala wang simpanan kian menyusut.

Justeru, Nico, 47, berkata dua perkara itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan beliau mengalami tek4nan untuk meneruskan kehidupan ketika pandemik COVlD-19.

Pemilik nama sebenar Abdul Fashah Abdul Aziz itu berkata premis makanannya di medan selera di Menara PJD, Sentul tidak dapat beroperasi susulan pihak pengurusan hanya membenarkan kehadiran 20 peratus pekerja dalam satu bangunan.

” Sekarang ni saya duduk rumah je, sejak dua bulan lalu kedai terpaksa tutup sebab pelanggan tak ramai.

” Saya diberitahu hanya 20 peratus daripada anggaran 800 pekerja yang bertugas di menara itu, masuk ke pejabat.

” Itu pun jadual kerja mereka dibahagikan kepada dua, maknanya hanya 10 peratus datang ke pejabat pada satu-satu masa,” katanya kepada mStar.

Tambah Nico dia mula mengusahakan kedai makan dengan menyediakan pelbagai hidangan makanan Cina Muslim sejak setahun yang lalu bersama isteri, Juwiati Musa, 38.

Menurut Nico lagi, akibat masalah kewangan juga dia terpaksa menghentikan dua pekerja kerana sudah tidak mampu untuk membayar gaji.

” Memang tertek4n, hvtang pun semakin lama semakin bertambah. Saya terpaksa tangguh bayaran sewa kedai sebanyak RM500 sebulan, hvtang rumah, kereta dan lain-lain.

” Bukan tak nak bayar hvtang tapi wang simpanan makin terhad, jadi saya perlu guna untuk tujuan yang lebih penting,” katanya.

Gambar: Nico bersama isteri di gerainya

Ujar penyanyi Inilah Nasibku bersama dua lagi anggota Nico G iaitu Affa dan Dino ini, karier lakonan yang baru diceburinya sejak dua tahun lalu juga terbantut kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

” Acara hiburan dah lama tak ada, jadi nak menyanyi pun tak boleh seperti dulu.

” Kemudian saya aktif dalam bidang lakonan, masa PKP 1.0 dulu masih ada lagi tawaran berlakon… tapi sekarang nak berlakon pun dah tak boleh.

Nico sebelum ini aktif dengan kumpulannya iaitu Nico atau Network International Chicanos Organization.

” Harapnya Pelan Pemulihan Negara (PPN) ini dapat berakhir segera, jadi saya boleh kembali berniaga dan berlakon.

” Lepas ni kalau ada pihak produksi yang nak ambil saya berlakon, boleh la ambil,” katanya.

Dapat berguni surat dari peminat

Terdahulu, selepas 26 tahun mencetuskan irama muzik rap dan hip hop di Malaysia, kumpulan Nico G boleh dikatakan masih mendapat tempat dalam kalangan peminat setia mereka.

Inilah Nasibku yang dilancarkan pada 1993 menjadi lagu ikonik mereka malah Nico berkata, lagu itu memainkan peranan penting dalam mengekalkan nama mereka dalam peta industri muzik sehingga kini.

Mngimbau zaman kegemilangan mereka, Nico berkata, dia teringat kisah mendapat surat daripada peminat berguni-guni sehingga memenuhi bilik di rumah mereka ketika itu.

” Kalau zaman 1990-an sudah ada Instagram, Fattah Amin pun kalah dari segi pengikut!

” Malah dulu pun surat yang kami dapat daripada peminat sampai penuh satu bilik! Apabila dikenangkan kembali ketika itu memang ‘giIa’… Sampai tidak terbaca dan terbalas surat-surat tersebut,” katanya.

Anak sulung malu Nico masih ligat menari

Dalam pada itu, Nico mengakui, anak sulungnya pernah menyuarakan perasaan kurang selesa melihat dia masih ligat beraksi di pentas.

Katanya, dia mengambil pendekatan dengan menjelaskan kepada anaknya mengenai konsep persembahan mereka, selain menyatakan lagu rap dan tarian sudah sebati dalam hidupnya sejak usia muda.

” Saya faham, anak semakin remaja dan mungkin segan apabila ayah yang sudah memasuki usia 40-an, tetapi masih menari mengalahkan remaja.

” Saya tidak salahkan anak kerana faham, dia sedang melalui proses ke arah kedewasaan. Apabila duduk berbual dengannya, saya jelaskan mengenai kerjaya seni.

” Saya mahu dia tahu, bidang nyanyian menjadi punca pendapatan awal saya hingga dapat menyara keluarga dan memperkukuhkan langkah sebelum menceburi kerjaya lain,” katanya.

Nico yang ditemui pada majlis pelancaran DTC Motors Sdn Bhd, baru-baru ini bersyukur kerana anaknya sudah mula faham dan menerima kenyataan ayahnya adalah penyanyi rap.

” Pernah juga saya nampak dia secara sembunyi-sembunyi mengambil video saya sedang membuat persembahan.

” Itu sudah cukup membuatkan saya terharu. Pada usia ini, saya cuba sesuaikan gerak tari supaya tidak terlalu agresif seperti zaman muda dulu,” katanya.

Selain Nico atau nama sebenarnya, Abdul Fashah Abdul Aziz, 46, kumpulan yang popular pada awal 1990-an itu turut dibarisi Affa, 42, dan Dino, 43.

Mereka pada asalnya menggunakan nama Nico atau Network International Chicanos Organization dan dikenali menerusi lagu Inilah Nasibku pada 1993.

Bermula dengan album Buatan Los Angeles, trio itu juga pernah tampil bersama Realiti pada 1995 dan Alamak! (1996).

Nico pernah kembali pada 2003 menerusi Ops Kecoh bersama ahli baharu, Ezad.

Selepas sekian lama menyepi, Nico muncul semula dengan barisan anggota asal bersama nama baharu, Nico G sebagai projek penjenamaan semula kumpulan mereka.

Setakat ini, antara drama lakonan Nico ialah Kl Gangster Underworld 2, Kasih Bertaut dan Pusaka Chalet Ana. Untuk rekod kali terakhir Nico G menghasilkan album pada 2019 selepas sekian lama menyepi.

Sumber:mstar dan bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*