‘Saya Cakap Nk Pegi Bengkel’ – Respon Azri Iskandar Selepas Ellie Suriati Dh Tahu Dia Buat Benda Tu Senyap2

” Dah terpaksa, kenalah ambil juga..”

Itu kata-kata pelakon Azri Iskandar yang mengakui trpaksa berbohong kepada isterinya Ellie Suriati Omar semasa mahu mendapatkan svntikan vksin COVlD-I9.

Kata Azri, tndakan itu diambil demi menjaga keharmonian rumah tangga.

Apabila ditanya alasan untuk keluar mendapatkan svntikan itu, kata Azri, dia memberitahu Ellie yang dia mahu ke bengkel.

” Ellie sangat terkejut apabila mengetahui saya dah lengkap dua dos vksin COVlD-I9. Selama ni saya sering jawab ‘tak’ saja apabila ditanya mengenai vksin walaupun sebenarnya saya dah cucvk (ambil vksin).

” Dia tahu hanya selepas saya memaklumkan kepadanya yang saya akan jalani penggambaran.

” Semasa nak pergi pusat vksin tu pun saya cuma bagitahu Ellie yang saya nak pergi ke bengkel hantar anak,” katanya kepada Malaysiakini.

Pemilik nama penuh Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar itu mengakui, dia sebenarnya tidak pasti bagaimana hendak menjelaskan situasi sebenar kepada isterinya itu yang memang lantang bersuara mengenai svntikan vksin COVlD-I9.

Kata Azri, jika tidak mendapatkan svntikan vksin, dia akan hilang punca untuk mencari nafkah buat keluarganya kerana kerajaan menggariskan syarat itu kepada penggiat industri kreatif sebelum boleh mereka menjalani sebarang penggambaran.

” Sebelum ni dia (Ellie) asyik bising pasal anti4ksin. Saya pula terpaksa ambil vksin. Jika tak ambil, tak boleh bekerja.

” Saya pun takut nak ambil vksin tu sebenarnya. Tapi dah terpaksa, kenalah ambil juga,” katanya.

Harap ada ruang berbincang

Selepas mendapatkan svntikan tersebut, kata Azri, dia bersyukur kerana ditawarkan bekerja dengan Skop Productions Sdn Bhd untuk drama lapan episod berjudul Kuasa terbitan Astro.

Azri berkata, dia pergi ke pusat pemberian v4ksinasi bersama anak ketiga daripada perkahwinannya yang terdahulu, iaitu Nur Anis Mastura, 26. Dia selesai menerima svntikan kedua pelali itu pada 26 Ogos lalu.

Ellie sebelum ini mengakui dia menemani dua orang anaknya, iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 12, membuat laporan polis pada 30 Ogos lalu atas alasan mahu mempertahankan hak mereka menolak svntikan vksin COVlD-I9 yang mahu dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar.

Turut hadir membuat laporan, seorang lagi rakan Azrell yang juga berusia 17 tahun.

Pengarah, pelakon dan penulis skrip itu malah berkata dia tidak teragak-agak untuk memberhentikan kedua-dua anaknya daripada meneruskan persekolahan sekiranya kerajaan memaksa pelajar mengambil vksin.

Sementara itu, ditanya soal anak-anaknya yang mungkin terpaksa berhenti dari persekolahan akibat menolak vksin, Azri berkata, mungkin masih ada ruang untuk dia berbicara mengenai hal itu bersama Ellie.

” Saya berharap boleh berbincang dengan Ellie pasal persekolahan anak-anak. Mungkin di kemudian hari, Ellie juga akan terbuka hati untuk ambil vksin terutama bila keadaan sudah terpaksa.

” Saya harap dia akan berfikir panjang,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

Ellie tetap akan jaga suami

Semalam, Ellie, 51, memaklumkan dia terpaksa akur dengan tndakan suaminya itu yang sudah lengkap mengambil dua dos vksin tanpa memberitahunya.

” Azri dah vksin, dah dua dos. Dia buat tu pun tak cakap dengan saya.

” Senyap-senyap dia pergi dan tak cakap dengan saya apa-apa pun. Tapi saya tengok cara dia tidur lain. Dia tak boleh tidur macam biasa, dia kena terbalikkan badan dia sebab dada tak sedap.

” Dia terpaksa letak dua tangan tak dada dia. Lepas satu ke dua jam lepas dia rasa selesa baru dia mengiring. Dulu mana ada dia macam tu tidur.

” Tapi kita kena jaga makanan lah, orang dah vksin ni tak boleh ambil protein banyak, tak boleh makan daging banyak.. kena makan banyak sayur.. seafood pun tak boleh makan banyak.

” Pada saya… saya pun tak nak bergadvh kerana itu pilihan dia. Tak apa la, tak ada bergadvh kat rumah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Mengulas lanjut tentang tndakan Azri, Ellie berkata dia rasional berkaitan hal itu kerana suaminya perlu keluar bekerja mencari nafkah untuk mereka sekeluarga.

Tambahan pula sebagai pelakon, mereka perlu memenuhi syarat lengkap dua dos vksin sebelum dibenarkan terlibat dalam mana-mana produksi.

” Dia tak happy dengan perkara ni (vksin). Tapi sebab dia ketua keluarga, kena cari nafkah.

” Sebab itu dia buat ni diam-diam tanpa beritahu saya… tahu-tahu je dah dua vksin.

” Jika dia jatuh sak1t saya akan jaga dia sebab dia suami saya dan teruskan makan makanan sunnah. Saya tak mahu keluarga jadi berpecah sebab keputusan ni,” katanya.

Sumber:maIaysiakini dan mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*