Rakaman Nora Danish ‘Naik Hantu’, Tiba Tiba Datang Meracau Siap Buka Langkah Silat Ganggu Orang Berlakon

” Puyah menurun silat Naga Biru?

” Tu la dia memang tak buleh tengok laki pukuI pompuan ni, jadi dia pun nak jadi hero la. Tiba-tiba.. rupanya set penggambaran  aiyo Puyah, hang memang loqlaq la”

Itu entri ditulis oleh pelakon cantik Nora Danish sambil berkongsi vdeo beliau membuat aksi membuka langkah silat (nampak macam kungfu pun ada). Rakaman vdeo di hujung artikel.

Dalam vdeo pendek berdurasi 1:35 minit itu, Nora dilihat datang secara tiba-tiba lalu memarahi seorang lelaki yang ketika itu sedang bertindak kasar ke atas seorang wanita.

Apa yang mencuit hati, Nora dilihat bersahaja membuka langkah silat sambil mengeluarkan kata-kata dalam loghat utara. Nora turut dilihat memukuI dua orang lelaki yang cuba menenangkan beliau. Kemudian datang Farid Kamil menjelaskan kepada Nora.

Bagaimanapun semua itu hanyalah lakonan dalam drama terbaru mereka bertajuk Puyah Dan Putat, lakonan Nora Danish bersama Farid Kamil yang bakal ditayangkan di Astro Citra pada 22 February ini.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi selamba Nora Danish yang mencuit hati itu. Malah tak kurang memuji gaya silat beliau seakan mempunyai pengalaman dalam seni pertahanan diri itu.

Segelintir rakan artis seperti Shuib Sepahtu dan Zahida Rafik turut memuji lakonan bersahaja Nora itu.

” U always be my puteri .. kita enjoy Comel betul”, tulis Adeline Tsen

Sekilas info tentang Nora Danish

Dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia, Nora Danish membesar dan kediamannya kini terletak di Kuala Lumpur.

Berusia 37 tahun, Nora Danish juga dikenali sebagai seorang yang agak rendah dengan ketinggian 1.50 meter.

Anak kepada pasangan Mohd Danish Hanif (bapa) dan Salimah Talib (ibu) ini merupakan seorang anak bongsu daripada empat adik-beradik yang mana kesemuanya perempuan.

Nora Danish adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Kajang, Selangor.

Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2005. Selain bergelar pelakon, pengacara dan model, Nora kini mula menceburkan dengan perniagaan.

Antara flem dibintanginya seperti Gila-Gila Pengantin Popular, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Polis EVO, Surga yang Tak Dirindukan 2 dan Bukan Cinta Malaikat.

Perkahwinan itu diserikan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Mereka bagaimanapun memutuskan untuk bercerai pada awal Julai 2008.

Pada 30 Mac 2017, Nora bergelar isteri kepada Nedim Nazri, anak bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Mohamed Nazri Abdul Aziz. Mereka dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : IG Nora Danish

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*