‘Saya Nmpak P. Ramlee Dtg Sekolah Pkai Baju Tidur Jer’ – Ketua Murid Dedah Babak Dlm Kelas Cikgu Shaari

” Semua bangun, selamat pagi cikgu!”

Dialog itu adalah satu-satunya yang diungkapkan ketua murid Sekolah Kebangsaan Ulu Klang, Kuala Lumpur ketika itu apabila “Cikgu Shaari” memasuki kelas dalam filem Masam-Masam Manis arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Namun siapa menduga, ketua murid itu, Ab Razak Ayob yang kini berusia 68 tahun dan dialog tunggal yang diucapkannya itu meninggalkan nostalgia kepadanya sehingga ini.

Kisah Ab Razak Ayob mula mendapat perhatian apabila dirinya ditemubual oleh pihak media pada 2016.

Sewaktu ditemui BH di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam, pelakon watak tambahan itu menceritakan pengalaman beliau yang ketika itu berusia 12 tahun bersama Cikgu Shaari lakonan P Ramlee.

Ketika itu, Ab RAzak sememangnya ketua murid dari darjah satu hingga enam di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang, Kuala Lumpur.

” Satu hari sewaktu perhimpunan sekolah pada waktu pagi, rutin biasa yang saya lakukan adalah memberikan arahan kepada semua murid iaitu ‘murid-murid angkat tangan, luruskan barisan, senang diri’.

” Kebetulan pada masa itu, saya nampak P Ramlee bersama seniwati Saloma berada di dalam sekolah dengan berpakaian baju tidur.

” Saya tak tahu menahu apa yang dibincangkan antara P Ramlee dengan guru besar.

” Namun keesokan harinya dia (P Ramlee) datang semula ke sekolah bersama dengan krew produksi penggambaran dan terus melakukan ‘shooting’ (rakaman) di dalam bilik darjah.

” Dialog saya hanya pendek “semua bangun, selamat pagi cikgu”. Hanya sekali rakaman. Tak ada ‘screen test’ atau kena buat lakonan semula sebab dialog yang diberikan mudah untuk dihafal.

Sebenarnya bayaran yang diberikan hanya RM2 bukannya RM5 seperti yang tertera di dalam gambar menjadi viral di media sosial, kata pesara juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) itu.

P. Ramlee memandu kereta ‘sport’, angkat tangan kat semua orang

Ditanya pengalaman manis sepanjang berlakon bersama P Ramlee, Ab Razak berkata seniman negara itu seorang berperwatakan lembut.

” Kalau tengok P Ramlee, dia memang seorang yang lembut, dia tak adalah nak garang, dia panggil nama murid pun dengan nama penuh.

” Contohnya dia akan cakap ‘Ya, Ab Razak, apabila saya bilang macam ini, awak buat begini’. Jadi kita baca dialog pun sekali, tak perlu diulang-ulang.

” Selepas belakon babak itu pun, P Ramlee memang OK (peramah). Jika dia memandu kereta ‘sport’ melalui jalan Ulu Klang, sekiranya dia nampak kita, dia akan angkat tangan, dia tak kisah.

” Dekat semua orang dia angkat tangan, jadi mana orang tak kenal, mesti orang kenal dia adalah P Ramlee.

” Selepas dia berhijrah ke Studio Merdeka (Ulu Klang), dia terus buat filem di situ…

”  Jadi kebanyakan orang Ulu Klang pada ketika itu menjadi pelakon, sama ada memegang watak besar, tambahan atau sambilan,” katanya sambil ditemani isterinya, Habibah Mohd Jafri, 60 tahun.

Walaupun menjadi pelakon tambahan dalam filem itu, katanya, Ab Razak hanya berpeluang menonton filem Masam-masam Manis selepas 10 tahun ia ditayangkan di pawagam, ketika filem berkenaan dimainkan oleh stesen televisyen.

” Itu pun apabila ia ditayangkan di televisyen waktu itu warna hitam putih.

” Watak saya kecil, jadi saya tak berpeluang nak menonton di skrin wayang kerana hanya pelakon pegang watak besar dan watak kedua sampingan diberikan peluang untuk menonton ‘pranonton’ di dalam studio,” katanya.

Ab Razak berkata, sehingga kini beliau masih berhubung dengan beberapa orang pelakon tambahan kanak-kanak yang membintangi filem itu yang juga kawan baiknya ketika di bangku sekolah.

” Semua budak Kampung Pasir di Ulu Klang seperti Nordin Hanafi masih ada lagi. Saya ada hubungi dan bercadang untuk berjumpa dengan mereka dalam masa terdekat,” katanya sewaktu ditemui pada 2016.

Bagaimanapun berdasarkan semakan pihak Muzik Jalanan, ada sesetengah blogger memuatnaik artikel yang tidak tepat apabila mengatakan dialog “Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola” diungkapkan oleh ketua murid iaitu Ab Razak.

Sedangkan dialog itu sebenarnya disebut oleh murid lain iaitu Nordin Hanafi yang telah meninggI dnia pada 2017.

Sumber:bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*