‘Lawa Betul Bini Abg Budin’ – Penampilan Terkini lsteri PeIakon Imuda Jadi Bualan Ramai

” Lovely couple.. cantiknya isteri abang Budin”

Itu komen sebahagian warganet yang memuji penampilan terkini Zabarina Haja Mushadi Ali, isteri kepada pelakon, pelukis dan pelawak Imuda.

Setelah lebih 11 tahun mendirikan rumh tngga, siapa sangka penampilan Zabarina, 39, kini semakin menawan.

Mengimbas semula perkenalan mereka, pelakon yang popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu tidak menyangka hubungan antara seorang abang dan adik angkat bertukar cinta.

Berkenalan selama empat tahun, Imuda, 61 dan isteri selamat diijabkabul dengan sekali lafaz di Masjid Negeri, Pulau Pinang pada 20 Februari 2010.

Imuda yang kini giat menjalankan aktiviti melukis potret permah bergelar duda selama hampir 7 tahun.

Imbas semula, pelakon komedi atau popular dengan gelaran Budin dalam drama sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan 2+1 ini telah jatuh hati dan berkahwin dengan Zabarina yang bekerja sebagai Penolong Pengurus di sebuah bank di ibu negara.

Difahamkan mas kahwin berjumlah RM1,001 bersama RM22,222.22 sebagai wang hantaran berserta 9 berbalas 11 dulang hantaran.

Imuda dan isteri dikurniakan sepasang cahaya mata masing-masing berusia 4 dan 11 tahun.

Menariknya, Imuda yang berkongsi gambar bersama isteri di Instagram beliau telah menarik perhatian warganet yang rata-rata memuji kecantikan isteri beliau.

” Wah dulu lain, sekarang nampak lain… lawa betul isteri abang Budin…semakin menawan” tulis Nadia.

” Cantik isteri Budin.. Semoga sihat dan bahagia selalu ‘living legend’..” tulis Faziemi.

Kenal masa buat ‘show’ di USM

Imuda mula tertarik untuk mengenali Sabrina ketika kali pertama bertemu di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ketika dia mengadakan persembahan di situ.

Pelakon, pelukis dan pelawak yang popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berkata, dia tidak pernah menjangka hubungan yang bermula sebagai abang dan adik angkat itu ‘melekat’ menjadi jodohnya.

” Perkenalan kami kira-kira empat tahun lalu bermula sebagai hubungan antara abang dan adik angkat.

” Masa mula-mula berkawan, saya tidak terfikir langsung untuk bercinta pun. Maklumlah jarak umur saya dengan dia pun jauh.

” Memang saya tak pernah terfikir pun hubungan ini boleh ‘melekat’ sehingga menjadi pasangan hidup. Kami banyak berkongsi rasa dan masalah.

” Kami rapat dan akrab serta selalu keluar bersama. Memang sudah jodoh namanya, daripada hubungan persahabatan bertukar menjadi hubungan perasaan secara perlahan-lahan.

” Saya semakin terpikat dengannya dan begitu juga sebaliknya. Kami suka sama suka.

Ditanya ciri-ciri istimewa Zabarina sehingga menawan hati pelakon filem Imigran itu, Imuda berkata, kematangan dan keikhlasan penolong pengurus bank itu menerimanya seadanya menjadi faktor utama.

” Dia seorang wanita yang sempurna di mata saya. Cukup dengan budi bahasa dan paling penting, dia menerima saya seadanya.

” Keikhlasan hati dan keluhuran budinya meyakinkan saya untuk menjadikan Zabarina sebagai isteri.

” Kebetulan pula, saya sudah bertahun-tahun hidup sendiri dan kesunyian.

” Dia adalah pendengar dan penasihat yang baik. Perkara-perkara itu yang membuatkan saya selesa dengan Zabarina,” jelas Imuda.

Menyentuh serba ringkas makna perkahwinan mereka, Imuda berkata, dia sangat gembira dan bahagia dengan jodoh ini. Lebih menarik, hidupnya kini lebih terisi berbanding sebelumnya.

Tujuh tahun hidup kesunyian

Jika selama tujuh tahun hidupnya sepi dan kosong tanpa wanita di sisi, kehadiran Zabarina memenuhi kekosongan dan kesunyian di sanubari pelawak yang sinonim dengan watak Sam menerusi sitkom 2 + 1 ini.

” Alhamdulillah, hidup saya semakin bahagia dan terisi sekarang. Kesunyian dan kesepian hidup selama tujuh tahun ini semakin terisi dengan kehadiran Zabarina.

” Ada orang yang boleh jaga dan urus makan, minum dan pakaian saya. Yang paling penting, kini saya ada teman baru untuk bersembang dan berkongsi pelbagai cerita atau masalah,” ujar Imuda dengan nada gembira.

Imuda turut mengakui, isterinya itu masih malu-malu dan agak terkejut dengan limpahan publisiti dan majlis-majlis hiburan yang disertainya.

Bagaimanapun, Imuda yakin Zabarina akan mula membiasakan diri dengan persekitaran baru ini secara perlahan-lahan.

” Maklumlah, dia orang biasa dan tidak begitu terdedah dengan dunia seni dan aktiviti-aktiviti hiburan.

” Memandangkan saya pula orang seni, mahu tak mahu dia harus membiasakan diri juga selepas bergelar isteri saya.” ujarnya.

Sumber:malaysiaunited

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*