Terkejut Pemandu Grab Ini Tiba Tiba Penumpang Warga Rohingya Lompat Ke Seat Belakang

Seorang pemandu Grab tidak pernah menyangka akan melalui pengalaman membawa penumpang yang sarat hamiI dan sudah tiba masa untuk bersaIin.

Selepas melakukan kerja ini selama dua tahun, keretanya bolehlah dikatakan ‘mencatat sejarah’ apabila salah seorang daripada penumpangnya selamat meIahirkan bayi semasa dalam perjalanan ke hspital.

Foto tempat duduk belakang kereta jenis Myvi warna ungu yang mempunyai kesan drah penumpang wanita bersaIin itu tular di media sosial.

Pemandu Grab berkenaan, Mohamad Shahir Baharudin, 39, berkata, kejadian berlaku pada pagi Rabu ketika mahu mengambil penumpang yang merupakan pasangan suami isteri warga Rohingya di sebuah apartment di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Keadaan tempat duduk belakang yang mempunyai kesan drah.

Dia memberitahu, waktu puncak pagi itu menyebabkan dia ‘tersangkut’ di beberapa persimpangan lampu isyarat sebelum ke lokasi mengambil penumpang.

“ Bila nak dekat sampai, penumpang tu call saya minta tolong cepat sebab isteri dia dah nak bersaIin, minta tolong segera dibawa ke hspital.

“ Sebaik tiba, isteri dia yang berkain batik dengan lapisan tuala lebih besar terus dibaringkan di tempat duduk belakang. Suami dia duduk di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya kepada mStar.

Pasangan suami isteri warga Rohingya membuat tempahan Grab untuk hspital.

Dalam perjalanan ke Hspital Lam Wah Ee yang jaraknya kira-kira 15 minit, Mohamad Shahir yang berasal dari Bayan Baru, Pulau Pinang berkata, wanita itu beberapa kali mengerang keskitan.

“ Memang cuak masa tu. Saya cuba memandu secepat yang mungkin tapi masih berhati-hati. Sebab saya duduk memandu di hadapan, tak tahu macam mana keadaan penumpang tu seorang di belakang.

“Sepanjang perjalanan, kedua-dua mereka bercakap dalam bahasa mereka. Tiba-tiba suami dia yang duduk di hadapan bangun dan melompat ke tempat duduk belakang bila jeritan isteri semakin kuat.

“ Lepas tu suami cakap dengan saya dalam bahasa Melayu, dia minta saya pandu lebih laju. Saya tak tahu apa-apa mungkin kepala anaknya dah nak terkeluar,” katanya.

Bagaimanapun sejurus selepas itu, kedengaran suara tangisan bayi dalam perjalanan yang hanya kurang lima minit sebelum tiba di hspital.

“ Masa tu bukan setakat baru keluar kepala, tapi dah terkeluar bayi terus. Bau air ketu.ban memang kuat, walaupun tak tahan dengan bau tu saya teruskan pemanduan.

“ Saya terus pandu ke bahagian kecemasan, dan berhentikan kenderaan sebelum pergi jumpa jururawat beritahu ada penumpang bersaIin dalam kereta saya,” katanya sambil menambah banyak drah menitis dari kereta sehingga ke dalam wad.

Penumpang bersaIin di dalam kereta merupakan pengalaman pertama kali Mohamad Shahir sebagai pemandu Grab.

Keadaan yang berlaku pada pasangan suami isteri itu mengimbas kembali pengalaman Mohamad Shahir saat bergelar bapa buat pertama kali kira-kira lebih setahun lalu.

“ Tapi masa tu isteri dalam dewan bersaIin, jadi tak tahu apa yang berlaku. Sekarang ni penumpang bersaIin dalam kereta yang saya pandu, pengalamannya lain macam.

“ Ambil dua penumpang, sampai destinasi ada tiga orang. Isterinya selamat meIahirkan bayi lelaki yang merupakan anak kedua mereka. Syukur alhamdulillah.

“Isteri saya sekarang tengah sarat mengandung… juga anak kedua, insyaAllah dijangka bersaIin awal bulan Disember depan. Tak dapat nak bayangkan isteri saya macam tu, semoga segala urusan kami dipermudahkan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*