Manja Berpegangan Tangan, Warganet Tertawan Sifat Romantik Tengku Permaisuri Norashikin

Sekiranya anda masih ingat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pernah mencuri hati rakyat menerusi kesantunan sebagai pembaca berita ketika bertugas di sebuah stesen televisyen tempatan.

Sejak berkahwin dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah, kelibat Tengku Permaisuri Norashikin semakin menjadi perhatian ramai.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mencuri tumpuan sewaktu berkenan berangkat ke Majlis Graduasi Bayi Pramatang di Hospital Shah Alam.

Pada majlis berkenaan, Baginda berkenan menyempurnakan simbolik perasmian serta menyampaikan sijil graduasi kepada 10 bayi pramatang yang lahir di hospital itu dan kini membesar dengan sihat.

Baginda kemudian berkenan untuk melihat pameran mengenai wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan melawat ke wad berkenaan yang baru dinaiktaraf.

Baginda turut sempat bermesra dan menyampaikan sumbangan kepada penghuni wad berkenaan.

Sementara itu sifat lembut dan romantik Tengku Permaisuri Norashikin terserlah ketika baginda mengiringi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Majlis Jamuan Teh Diraja di Padang Mahkota, Istana Alam Shah.

Ramai terpegun dengan Tengku Permaisuri Norashikin yang kelihatan jelita dengan mengenakan baju kurung moden warna merah jambu sedondon dengan Baginda.

Wajah anggun Norashikin yang sentiasa tersenyum membuatkan rakyat jelata tidak melepaskan peluang merakamkan gambarnya.

Romantik kan? Menurut tinjauan kami di ruangan komen Instagram SelangorRoyalOfficial, setiap gambar Tengku Permaisuri Norashikin menerima komen positif dan pujian netizen.

Kebanyakan mereka memuji kecantikan baginda yang disifatkan sebagai ‘natural beauty’ selain dan sifat romantik baginda yang sentiasa memegang erat tangan Sultan Sharafuddin sehingga ada yang mengusik mengatakan pasangan itu sebagai “sweet couple” dan “relationshipgoal”

Pada 31 Ogos 2016, Sultan Sharafuddin selamat dinikah dengan Tengku Permaisuri Norashikin di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Tengku Permaisuri Norashikin pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

Tengku Permaisuri Norashikin, berasal daripada Shah Alam, merupakan isteri kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj setelah diijabkabulkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Sebelum ini, baginda yang juga bekas pembaca berita Radio Televisyen Malaysia dan pramugari Malaysia Airlines itu pernah berkahwin dengan Kapten Mustapha Kamal Halim dan mempunyai dua cahaya mata, Nur Amanda dan Adam Salleh hasil perkahwinan tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sehinggit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*