Jiran Selalu Mngata, ‘Ksian Kat Mak Kau’. Sekali Wak Doyok Hadiahkn Ibunya BangIo, Terus Mngaku Saudara

Bertubuh kecil dan mempunyai misai persis pelakon A. Galak, mungkin ramai yang mengenali ikon fesyen bernama Wak Doyok.

Sering tampil di media sosial dengan berkongsi gambar bersama kereta ‘sport’ beliau jenama Mustang, ramai menjadikan Wak Doyok sebagai contoh untuk berjaya sepertinya.

Namun apa yang paling boleh dipuji mengenai Wak Doyok bukan kerana berjaya membeli Mustang, tetapi kerana beliau tidak pernah lupa untuk membalas jasa kedua ibu bapanya.

Mungkin ramai masih ingat dengan kisah Wak Doyok sebelum ini yang membina rumah banglo untuk ibu bapanya di Klang, Selangor.

Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 42, tahun berkata, banglo tersebut telah dibina diatas tapak asal rumah lama beliau yang dibina oleh arwh bapa dan datuknya pada 1973.

Menurut Wak, kos untuk membina rumah kayu dan papan tersebut hanya menelan belanja RM5,000 sahaja. Hari demi hari rumah ini menjadi usang kerana sudah 40 tahun usianya.

Kesian mak kau tu buang air banjir…

Apa yang mnyedihkan, beberapa tahun sebelumnya, Wak Doyok sering diperIi oleh jiran-jiran kerana rumahnya sering diIanda banjir di dapur akibat dari rumah jiran-jiran yang membina tambak tanah yang tinggi.

Mereka sering perIi dengan mengatakan dirinya mengab4ikan keluarga,

” Mereka sering berkata pada aku. Kasian mak kau tu buang air banjir, buat lah rumah dah femes lepaskan diri sendiri je.”

Wak Doyok hanya berdiam diri dan tidak berkata mampu tersenyum sahaja.

” Mereka ingat jadi selebriti terus kaya.! Tidak semudah itu kalau tiada usaha masakan boleh capai bintang di langit” ujarnya.

Lalu dia tekad dalam dirinya untuk terus berusaha dan akhirnya perniagaannya semakin maju. Dia mula menabung untuk membina rumah ibubapanya selama 4 tahun.

Apabila tiba masa dia mula untuk merobohkan rumah itu, ramai jiran-jiran dan saudara mara tidak berpuas hati mereka mengatakan tndakannya seperti orang tidak w4ras kerana merob0hkan rumah pusaka.

Sebab mereka tidak mempercayai dia mampu untuk membina rumah sendiri.

Rumah siap 98%, ramai mengaku saudara

” Bila rumah ini sudah siap 98% hanya tingga pagar dan pool. Ramai yang datang mengaku saudara.

” Aku terima hati yg terbuka kedatangan mereka tidak simpan sedikit pun dendam melihat perbuatan mereka dulu. Siapalah aku untuk menghukvm mereka bagi aku yang baik datangnya dari Allah.”

Katanya melalui gambar yang dimuatnaik ke akaun Instagramnya.

Perkongsian kisah Wak Doyok ini menerima reaksi berbentuk sokongan oleh pengikutnya di Instagram.

Rata-rata pengikut Wak Doyok menasihatnya supaya banyak bersabar dengan orang yang suka mengata, yang penting beliau sudah membahagiakan orang tuanya.

Dalam pada itu,  Wak Doyok bersyukur apabila impian menghadiahkan rumah banglo buat ibunya yang kini berusia 79 tahun itu tercapai.

Wak berkata sudah lama dia menyimpan hasrat untuk berbuat demikian demi keselesaan orang tuanya.

” Alhamdulilah saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah hari ni saya dapat senyumkan, ketawakan, gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga, membesarkan saya dan memberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya.

” Tiada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki.

” Selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupon dica.ci dihi.na dimaki disosial media.

” Matlamat saya adalah untuk keluarga saya selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia,” kongsinya menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Jelas Wak Doyok lagi, video itu dimuat naik bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya mahu berkongsi kesusahan yang pernah dialaminya sebelum ini.

” Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya sebuah rumah banglo saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun saya berilah sedikit keselesaan untuk nya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini.

Saya dulu orang yang sangat susah

” Tuan-tuan,mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali, rumah burvk retak seribu anai-anai berkampung disitu.

” Betapa peritnya saya lalui liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini. Saya berjaya bukan saya men.ipu orang atau menjatvhkan orang lain.

” Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anaknya berjaya.

” Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selesa di samping ibu dan bapa tercinta. Ini semua adalah hak ibu saya.

” Saya hanya menumpang sahaja. Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya. Kekasih, bini itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa.

” Tetapi ibulah hanya satu dalam sejuta. Sayangilah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Dialah amanah Allah untuk kita menjaga sehingga hembusan nafas terakhir,” coretnya.

Terdahulu, bapa Wak Doyok, Mohd Nor Abd Hamid meninggI dunia pada 25 Oktober 2018 ak1bat pnyakit usvs bngkak pada usia 86 tahun.

Sehari selepas pemrgian bapanya, Wak Doyok berkongsi di Instagram kata-kata arwh bapanya yang menyentuh hati ramai.

” Dua minggu lepas semasa arwh baba saya duduk di kerusi rehat beliau berkata, “Dapat jugak aku merasa rumah baru yang kau buat walaupon baru dua tahun…” tulis Wak Doyok.

Al-Fatihah buat Allahyrham bapa Wak Doyok, semoga tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh. Aamiin..

Sumber:astr0awani, murai.my dan wikipedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*