Walaupun Bukan Keluarga, Abam Sanggup Masak Untuk Akak. Fasha Sandha Kongsi Vdeo Terakhir Abam

” Allahuakbar, sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee, lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua,”

Itu luahan pelakon popular Fasha Sandha yang kini hamiI yang berkongsi video Allahyrham Abam Bocey memasak mi rebus istimewa air tangannya untuk Fasha pada 26 Januari lalu.

Video pendek dimuat naik Fasha di Instagram itu memperlihatkan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan sibuk di dapur memasak kuah mi rebus.

” Dalam dunia ni tak ramai orang yang berhati mulia. Allah lebih menyayanyi mu Abam. Kebaikanmu kak akan kenang sampai bila-bila.

” Walaupun Abam bukanlah keluarga kak, Abam sanggup masak untuk kak..baik..tak pernah lupa kak..tenanglah kamu di sana Abam. Ramai yang menyayangimu..

” Terima kasih Abam masakkan kami mi rebus. Teringin punya pasal,” tulisnya.

Selain itu, Fasha turut memuat naik beberapa gambar termasuk paparan skrin mesej WhatsApp di antara dia dengan Abam mengenai permintaannya supaya Abam memasakkan mi rebus untuknya.

” Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam, insan mulia sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Januari sebab kak teringin nak makan mi.

“Lepas dua minggu dah pi (pergi) tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah (anak Abam) selalu… Allahhuakbar, ” tulisnya.

Fasha turut meminta dan memohon semua pengikutnya di Instagram untuk menyedekahkan bacaan surah Al Fatihah kepada Allahyrham.

” Jom semua followers (pengikut) kesayanganku. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat insan baik bernama Syed Umar Mokhtar atau Abam Bocey. Semoga arwh ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin,” katanya.

Menerusi ruangan komen rakan artis dan peminat Fasha mendoakan Abam dan mengucapkan takziah buat keluarga arwh.

” Innalillah..semoga arwh ditempatkan di syurga Allah. Jom kita sedekahkan Al Fatihah utk arwh dan juga keluarga,” tulis Aidil Aziz yang juga suami Fasha.

Abam dilaporkan mninggaI dnia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 8.30 pagi hari ini.

Berita mengejutkan itu dimaklumkan adiknya, Ali Puteh selepas dihubungi isteri Abam memberitahu suaminya tidak sedarkan diri. Abam dikatakan mengalami demam sejak dua hari lalu dan mengadu sakit kepala.

Perkongsian tentang pemergian Abam turut dimuanaik oleh rakan artis terutama yang paling dekat dengan Abam iaitu Fad dan Achey Bocey.

Rata-rata sahabat baik Allahyrham begitu terasa terkesan dengan pemergian Abam.

Abam meninggalkan isteri, Nor Hidayah yang dikahwini pada 2017 dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : IG Fasha Sandha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*