‘Kawalan Bolanya Sangat Hebat’ – Rakan Dedah Kisah P. Ramlee Berd4rah Lutut ‘Libas’ Sepak Takraw

” Saddiq Sepakraga… Haihh bukan Saddiq Sepakraga, Saddiq Segaraga.. Maaf tuan..”

Mungkin ramai masih ingat dengan dialog antara Ahmad Nisfu dan seorang penyambut tetamu dalam satu babak filem Tiga Abdul yang diarahkan oleh seniman agung Allahyrham Tan Sri P. Ramlee itu.

Filem Tiga Abdul turut dibintangi oleh  P. Ramlee dan ditayangkan di pawagam pada 22 April 1964.

Ini adalah filem beliau terakhir sebelum beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja di Studio Filem Merdeka, Ulu Klang, Gombak, Selangor, Malaysia.

Bercakap mengenai filem itu, mungkin ramai tidak perasan Watak Saddiq ‘Sepakraga’ yang dilakonkan oleh Allahyrham Ahmad Nisfu itu sebenarnya ada kisah tersendiri.

Untuk pengetahuan semua, P. Ramlee mempunyai bakat bersukan yang boleh dikatakan agak handal sewaktu zaman beliau muda remaja.

Jika kita tonton filemnya di TV atau YouTube, boleh merujuk adegan-adegan tertentu yang mengaitkan minat dan cinta Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh (nama sebenarnya P. Ramlee) kepada sepak takraw.

‘Tiga Abdul’ dengan dialog lucu kedatangan saudagar barang-barang purba, Tuan Sadiq Sepakraga, ’Ibu Mertuaku’ dan ’Antara Dua Darjat’ ialah antara naskhah P. Ramlee yang menyelitkan aksi sukan warisan Melayu yang asalnya digelar sepak raga ini.

Kisah didedahkan sendiri oleh sahabat karib 

Sempena genap 48 tahun kembalinya ke rhmatuIIah tanggal 29 Mei lalu, ada beberapa sejarah ‘Bakat P.’ lainnya (Pemain Sepak Takraw) yang masih berlegar dalam memori Tan Sri Dr. Mohd. Yussof Latiff.

Yusoff, 91, ialah Presiden Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP) yang bersahabat karib dan pernah menyaksikan bakat pemain sepak takrawnya (atau sepak raga jaring ketika itu) di samping karier pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah, penggubah lagu, pemuzik dan lain-lain cabang seni.

” Saya pernah mengadili satu pertandingan liga sepak raga jaring Pulau Pinang bagi merebut Perisai SM Aidid yang turut disertai P. Ramlee dan sebuah regunya sekitar akhir 1940-an.

” Saya dan seorang lagi pengasas Persekutuan Sepak Raga Persekutuan Tanah Melayu (PSRPTM), Allahyrham Ibrahim Zain memang rapat dengan beliau.

” P. Ramlee handal bermain di posisi apit. Dia mewakili kelab Eastern Smelting, Jalan Datuk Keramat, Kampung Jawa, Georgetown,” katanya yang juga Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan bekas Setiausaha PSRPTM kepada BebasNews.

Kelab itu katanya, dimiliki syarikat memproses bijih timah Eastern Smelting – tempat bapa Ramlee, Allahyrham Teuku Nyak Puteh Teuku Karim mencari nafkah menyara hidup mereka sekeluarga bersama isterinya, Allahyrham Che Mah Hussein.

” P. Ramlee gemar mengalas kepalanya dengan tuala atau kain putih (ala bandana) apabila bermain. Kawalan dan timangan bola raganya pun hebat

” Ada satu perlawanan itu, Ramlee terc3dera lutut dan berd4rah setelah terjatuh di gelanggang bersimen.

” Parutnya masih ada sehingga dia bergelar bintang filem setelah berhijrah ke Singapura,” katanya.

Gambar: Yussof (dua dari kanan) menerima penghargaan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ketika berkarya di Studio Malay Film Production Ltd. Jalan Ampas mulai 1948 Ramlee kata Yussof, dianggap antara pelopor sukan sepak raga jaring dan bulatan (ditukar sepak takraw mulai 1965) di Singapura.

” Ketika itu ada seorang Singapura yang dikenali sebagai Raden Ismail, turut mendkwa dialah yang memperkenalkan sukan itu di sana.

” P. Ramlee juga menubuhkan kelab Sangga Buana dan aktif bermain di Singapura.

” Saya difahamkan beliau pernah menghadiahkan Oskar Sumbangsih P. Ramlee sebagai piala pusingan sebuah pertandingan sepak takraw,” katanya.

Menurut Yussof, hubungan mereka sebagai sahabat masih utuh biarpun selepas P. Ramlee mencapai kemasyhuran di arena seni hiburan Malaya (kemudian Malaysia) dan Singapura sekitar 1950-an hingga 1960-an.

” Beliau tetap kembali apabila dijemput ke Pulau Pinang bagi membantu kutipan sumbangan kepada UMNO negeri ini dengan aktiviti seni suaranya pada 1962.

” Dia hadir bersama-sama isterinya, Biduanita Negara Allahyrham Puan Sri Saloma dan Sarimah.

” KPPRPP saya tubuhkan kira-kira 13 atau 15 tahun lalu.

” Kami juga mempunyai hubungan baik dengan Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak yang dinaungi Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Yang Dipertua Negeri Sarawak itu juga cukup meminati Seniman Agung ini.

” Dalam kunjungan ke sana sambil bertukar-tukar idea dan pendapat itu, pernah timbul idea kami untuk meluaskan penubuhan Kelab Peminat P. Ramlee ke negara jiran Asia Tenggara seperti Singapura dan Brunei malah Indonesia,” katanya.

Yussof juga sedia bekerjasama sekiranya ada pihak-pihak yang turut mahu tampil membantu dan menyokong Pemenang dan KPPRPP dalam pelbagai bentuk dan cara dalam mempertandingkan semula Oskar Sumbangsih Sepak Takraw P. Ramlee.

” Mungkin boleh disyorkan satu pertandingan sepak takraw bagi mengenang beliau di gelanggang awal aksinya dulu di Pulau Pinang,” kata tonggak penubuhan PSRPTM ini (kini Persatuan Sepak Takraw Malaysia – PSM) pada 25 Jun 1960 di Balai Rakyat Jalan Petani.

Mendengar kepada kisah yang diceritakan oleh sahabat karib sendiri, pastinya kita tidak menyangka sisi-sisi lain dalam hidup P. Ramlee yang kita tak pernah tahu.

Ternyata setiap filem lakonan dan arahan Allahyrham P. Ramlee bukan sahaja banyak memberi pengajaran, malah mempunyai nilai kemanusiaan, s1ndiran dan maksud yang dekat dengan diri beliau sendiri.

Al-Fatihah.

Sumber:astr0awani dan bebasnews.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*