‘Tak Mengapalah, Saya Terima Semuanya. Sy Juga Tidak Akan Berpindah Dari Sini’ – Luahan Yantzen

” Terima kasih kepada semua yang membantu saya…”

Itu kata-kata penyanyi rock, Yantzen yang mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya sudah boleh pulang ke rumah selepas dua hari berada di Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Menurut Yantzen, dia melakukan kerja-kerja pembersihan bersama anak, kawan-kawan dan jiran.

” Selepas dua malam tidur di PPS mereka maklumkan air sudah surut dan boleh pulang ke rumah. Kami mula menjalankan kerja-kerja pembersihan.

” Sekarang saya dah boleh di rumah sebab dah bersih. Bekalan elektrik pun dah ada secara berperingkat mengikut kawasan.

” Terima kasih kepada semua yang membantu saya membersihkan rumah,” katanya.

Yantzen yang kini berada di Terengganu melakukan kerja amal turut memberitahu hampir kesemua barangan rumahnya rosak kerana ditenggelami air.

Tidak akan berpindah walau apa pun terjadi

” Hampir semuanya rosak dan dan tak boleh digunakan lagi. Tetapi tidak mengapalah, saya terima semuanya dengan reda.

” Saya juga tidak akan berpindah dari sini.

” Biar apa pun terjadi kepada rumah ini, saya mahu terus duduk sini kerana sayangkannya.” kata Yantzen lagi.

Sebelum ini, Yantzen, dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai (SKSS), Hulu Langat apabila kediamannya dinaiki air paras bumbung.

Air yang naik mendadak menyebabkan Yantzen terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri.

Yantzen tinggal bersendirian di Taman Sungai Serai Tambahan, Batu 12, Hulu Langat selamatkan Anggota Tentera Malaysia (ATM) selepas satu hari bermalam di atas bumbung.

” Minta maaf, saya kurang ingat bila saya pulang ke rumah. Apa yang saya ingat, bnjir terjadi, Jumaat lalu, petangnya air semakin dekat dengan rumah dan pada sebelah malam, saya tidur di atas bumbung.

” Keesokannya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) datang menyelamat. Sekarang saya sudah pulang ke rumah dan mulakan kerja pembersihan sambil dibantu anak, kawan-kawan dan jiran.

Gambar:Yantzen tengah bersama anggota oenyelamat

” Boleh dikatakan 90 peratus barang di rumah saya ditenggelami air dan rosak.

” Saya terima keadaan rumah saya. Bagaimana yang ditunjukkan keadaan rumah saya, begitulah saya menerimanya,” kepada BH Online.

Berada di PPS SKSS selama dua malam, bekas vokalis kumpulan May ini merakamkan penghargaan kepada rakan, jiran dan wakil agensi kerajaan yang membantu membersihkan kediamannya.

” Alhamdulillah, selepas dua malam tidur di PPS, saya dimaklumkan jalan ke rumah sudah boleh digunakan apabila air surut. Sebelum dibersihkan, semua bilik ditenggelami air.

” Saya hanya sempat mencapai satu beg pakaian. Saya terpaksa panjat bumbung rumah untuk menyelamatkan diri.

” Barang-barang seperti peti sejuk, tilam dan perabot semuanya habis tunggang terbalik. Kereta dengan dua motosikal termasuk milik teman saya tenggelam.

” Saya dan penduduk lain semalaman berlindung atas bumbung dalam hujan dan kesejukan sementara menunggu bantuan sampai keesokannya,” katanya.

Penyanyi berusia 63 tahun itu juga belum memikirkan tindakan yang mahu diambil selepas benc4na bnjir yang kali pertama berlaku di kawasan perumahan didiami sejak lima tahun lalu itu.

” Jika hendak diikutkan, kerugian yang terpaksa ditanggung memang tinggi. Hampir 90 peratus barang rumah tenggelam. Tetapi saya tidak mahu mengusutkan fikiran.

” Alhamdulillah, ramai rakan ambil berat dan bertanya khabar. Tambah melegakan apabila sejak semalam, tiada hujan,

” Mungkin selepas keadaan semakin baik, saya akan pulang untuk membersihkan apa yang patut di rumah,” katanya.

Yantzen berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertungkus lumus menyelamatkan mngsa terkandas dengan menggunakan bot besar.

Gambar:Keadaan rumah Yantzen yang ditenggelami air

Selain itu, bekas vokalis kumpulan May itu turut merakamkan penghargaan kepada petugas PPS kerana melaksanakan tanggungjawab dan melayan mngsa bnjir dengan baik.

” Saya amat berbesar hati dengan pasukan tentera yang menghantar kami ke PPS. Begitu juga petugas PPS yang melayan kami dengan baik. Alhamdulillah, makan minum kami cukup.

” Semua urusan sangat lancar dan teratur. Kami tidak perlu bersesak beramai-ramai di PPS. Sebaliknya, setiap bilik darjah hanya menempatkan enam mngsa.

” Setiap seorang diberi tilam… Setakat ini, tiada apa yang hendak dirungut,” akhiri Yantzen.

Menarik mengenai Yantzen

Pemilik nama sebenar Yantzen bin Juniwan ini dilahirkan pada 2 Disember 1958. Beliau merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki kelahiran Singapura.

Yantzen terkenal sebagai vokalis kumpulan rock Rusty Blade.Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.

Yantzen pernah bernikah dengan seorang dramatis popular era 90an Sharifah Haslinda (Lynn), di kediaman pelakon tersebut di Taman Setia, Gombak, Selangor pada 9 Julai 1994.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aliff Ronan.

Bagaimanapun Yantzen dan Lynn akhirnya bercrai pada 2004 setelah lebih kurang 10 tahun hidup bersama.

Sumber:bharian dan wikipedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*