‘Dua Tahun Saya Mnganggur’ – Kisah Amir Ukays Nak Jadi Artis Tapi GagaI, Skali Satu Hari Saari Amri Telefon

” Dingin sungguh malam ini.. Dan sukar mata kulelapkan.. Lalu kucuba coretkan.. Secebis lembaran buatmu…”

Sesiapa yang terbaca bait-bait lirik ini pastinya akan terus teringat lagu Kekasihku di Menara sambil bibir menyanyikan lagu tersebut yang sangat popular pada era 90-an dahulu.

Lagu ini merupakan antara pulahan lagu hits kumpulan Ukay’s yang sangat diminati terutama bagi remaja di alam persekolahan pada zaman ketika itu.

Selain dari itu, kebanyakan lagu hits mereka sering menjadi pilihan golongan muda dan baharu untuk dinyanyikan di majlis-majlis keraian, pertandingan,pusat karaoke dan sebagainya, walaupun rata-rata tidak mengenali penyanyi asal lagu tersebut.

Lagu-lagu hitsnya saban hari berkumandang di corong radio, sehinggakan vokalisnya, Amir mengakui walaupun puluhan tahun tidak muncul dengan naskah terbaharu, namun penerimaan peminat melalui undangan pentas yang diterimanya kini cukup memberangsangkan.

Menurut Amir, mereka suka dia mendendangkan lagu-lagu lama Ukays kerana menggamit nostalgia mereka.

Bersama Mingguan Malaysia, Amir atau nama sebenarnya Mohd. Amir Muhammad Yusof, 51, berkongsi cerita tentang zaman kegemilangan serta jatuh bangunnya bersama kumpulan Ukays.

Kumpulan itu pernah menggegarkan industri muzik tempatan apabila album mereka mencatat jualan sehingga 350,000 unit melalui album Bisa Berbisa yang diterbitkan pada 1994.

” Sebelum bersama Ukays, saya terlebih dahulu menyertai band rock, Analisa. Malangnya ketika itu kami langsung tidak boleh pergi jauh gara-gara lapan lagu kami digam oleh RTM.

2 tahun menganggur, sekali terbaca Saari Amri cari artis rakaman

” Kecewa kerana apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan, saya undur diri dari Analisa dan menganggur selama dua tahun.

” Waktu itu saya suffer sangat. Cita-cita nak jadi artis gagal.

” Suatu hari saya terbaca di surat khabar, Saari Amri ingin cari artis rakaman. Saya pun terus ke pejabat BMG untuk audition.

” Waktu itu dia suruh saya nyanyi lagu Ekamatra, Sentuhan Kecundang. Akhirnya, beberapa hari lepas itu dia telefon dan beritahu saya berjaya.

” Ketika itu ramai juga pelik, kenapa dulu saya yang asalnya rock kapak tiba-tiba tukar main pop rock pula.

” Masa itu saya tak ambil peduli kata orang pun. Konsep apa saya bantai je, janji saya boleh buat come back dan boleh jadi artis semula,” katanya.

Album pertama, Mencari pada 1993 kurang mendapat sambutan, Jualan pun sekitar 10,000 unit sahaja. Sekali lagi saya frust. Jadi, saya berehat setahun.”

” Orang tua pula bising, sampaikan mereka kata sudahlah itu. Berhentilah menyanyi.

” Tapi dah itu minat kita jadi mana boleh berhenti. Saari datang dengan idea dan percaturan baharunya.

Stress lagu semua bernada tinggi

” Bila lihat lagu-lagu untuk album baharu, saya pula yang stress sebab semua bernada tinggi, contohnya seperti lagu Seksa dan Di sana Menanti Di Sini Menunggu.

” Tanpa disangka, album kedua Ukays ‘meletup’, jualan mencecah sehingga 350,000 unit.

” Waktu itu pergi sahaja ke mana-mana, shopping mall ke, pasar malam ke, dalam bas mini ke, mesti lagu Ukays yang diputar berulang kali. Itu tak campur di radio lagi,” katanya panjang lebar.

Gambar: Amir bersama Saari Amri

Ketika di mercu kegemilangan, tiga orang anggota Ukays iaitu, Well, Din dan Ali bertindak keluar kerana tidak berpuas hati dengan isu pembahagian royaliti.

Amir bagaimanapaun masih setia dengan Saari sehinggalah kumpulan ini mendapat anggota baharu dan nama kumpulan ini ditukar kepada UK’S.

Album Tajam Menikam pada 1995 kembali melonjakkan nama kumpulan UK’S sehingga berjaya dijual 280,000 unit di Malaysia dan 700,000 unit di Indonesia.

Legasi UK’S diteruskan dengan album-album baharunya selepas itu seperti Panas Berpanjangan (1996), Cuma Aku Yang Hidup (1997) dan Pijar Kesamaran (2000).

Namun jualan album ini semakin lama agak merosot, mungkin kerana lagu-lagu yang dimuatkan kurang menepati citarasa pendengar.

” Kami akhirnya bawa haluan masing-masing. Saya meneruskan karier sebagai penyanyi solo, kerana ketika bersama UK’S pun saya sudah ada album solo, Kencana yang memuatkan lagu popular ciptaan To’ki, Zikir Kasih pada 1998.

” Pada tahun 2000 bermulalah ujian bagi saya apabila terlibat dalam kmIangan kereta di Lebuhraya Utara Selatan ketika menghala ke Johor.

” Waktu itu kecederaan saya agak serius. Rahang saya patah dan diikat dengan dawai. Sebulan saya tidak boleh bercakap, nak makan dan minum pun kena guna straw.“

” Tiga bulan berehat. Penampilan sulung saya selepas kmIangan adalah di Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 2000. Saya cuba buat come back dengan album solo terbaharu, namun tiada sambutan.

” Akhirnya saya ambil keputusan bergerak sendiri dengan membawa lagu-lagu hits UK’S satu ketika dahulu. Nampaknya pelan itulah yang berjaya sehingga ke hari ini,” katanya sambil tertawa.

Perjalanan seni Amir ketika ini dilihat lebih terjamin apabila bernaung di bawah Rofaz Entertainment. Mingguan Malaysia sempat bertemu dengan pemilik syarikat ini iaitu, Datuk Mudzafar Kamarudin yang kebetulan ada bersama ketika itu.

Amir penyanyi luar biasa

Beliau mengakui Amir masih punya aura dan karisma, malah nama penyanyi itu masih relevan dan dikenali peminat.

” Dia penyanyi luar biasa. Mungkin satu dalam seribu. Sebagai pengarah urusan syarikat, saya sudah ada perancangan untuk membawa Amir lebih jauh ke hadapan.

” Amir bukan sahaja bertindak sebagai artis yang bernaung di syarikat ini, malah dia rakan kongsi saya. Jadi sebagai pelabur banyak yang kami rancangkan mutakhir ini.

” Dalam waktu terdekat ini Amir akan menguruskan sebuah bistro yang terletak di tepi pantai di Port Dickson.

” Bistro ini berkonsepkan citarasa makanan laut seperti yang terdapat di Terengganu contohnya ikan celup tepung, sotong celup tepung dan sebagainya.

” Insya-Allah mungkin bila pandemik Covid-19 ini reda kami akan buat launching.

” Selain menjamu selera, pengunjung juga dihiburkan dengan artis-artis yang akan kami bawakan pada setiap hari. Kiranya konsep dua dalam satu iaitu makan sambil berhibur,” katanya mengakhiri perbualan.

Selain Amir, beberapa artis bernama besar juga bernaung di bawah Rofaz Entertainment, antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khatijah Ibrahim, A.R Badul, Kazar, Riz Amin dan Ameng, Spring.

Sumber:utusan

Kredit kepada penulis:ROSHIHAN ANNUAR YUB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*