‘Selepas Matlamat Itu Trcapai, Arwh Pergi’ – Pndedahan Saiful Apek, Baru Sekarang Dia Perasan Benda Ni

” Beautiful people are not always good, but good people are always beautiful. You are both.

” Bukan tentang bagaimana kita bermula, tetapi bagaimana pengakhiran kita. Kamu pergi dengan keadaan sangat ‘cantik’.

Itu perkongsian pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek yang menarik perhatian ramai selepas dua hari pemrgian penyanyi terkenal, Adibah Noor yang meninggI dnia pada Sabtu, 18 Jun 2022.

Berkongsi ucapan di Instagram, Saiful mendoakan serta menggambarkan Allahyrham sebagai seorang yang sangat baik luar dan dalam.

” Ukhuwah ibarat tasbih, ada permulaan tapi tiada pengakhiran..tunggu kami.

” Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kemat1annya, lapangkanlah kubvrnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

” Semoga arwh di tempatkan di kalangan mereka2 yang beriman (AL FATIHAH),” tulis Saiful.

Bila dia tak ada, baru kami perasan

Dalam pada itu, Saiful turut mendedahkan Allahyrham Adibah Noor merupakan pencetus utama kepada lagu Hari Raya, Suasana Di Hari Raya yang dirakam semula 13 peserta Gegar Vaganza 8, April lalu.

Saiful berkongsi perkara itu sewaktu ditemui pada upacara pengebvmian Allahyrham, semalam.

” Arwhlah pencetus utama. Dia yang cadangkan agar keakraban kami semua peserta GV8 dijenamakan sebagai Famili Kita.

” Baru saya faham, hampir 100 hari, selepas matlamat itu tercapai, arwh pergi. Bila dia tak ada, baru kami perasan,” katanya.

Dalam pada itu, Saiful berkata dia menganggap arwh lebih daripada seorang rakan artis dan peserta lain dalam GV8.

” GV8 adalah pertandingan. Tapi bukan nak banding-bandingkan. Saya melihat ukhwah itu. Walaupun pertandingan dah habis. Kami masih bersama. Nyanyi lagu raya.

” Kami bukan sahaja sahabat, tapi keluarga,” ujarnya.

Fadzilah Kamsah dedah 7 kebaikan Adibah Noor yang wajar dicontohi

Sementara itu, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi mengenai kebaikan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu semasa hayatnya yang dikongsikan ramai pihak.

” Semoga kebaikan mengalir berterusan untuknya (Allahyrham Adibah Noor).” katanya.

Malah, Fadzilah menerusi hantaran di Facebook turut menyenaraikan tujuh kebaikan Adibah yang wajar kita semua contohi.

” Semua info ini adalah melalui penelitian dan pembacaan di berita dan internet. Tujuh kebaikan Allahyrham yang kita semua wajar contohi adalah pertama bersifat pemurah.

1) Ramai rakan artis yang mengenali beliau, sentiasa sifatkan beliau ini selalu belanja makan, tak lokek dengan memberi dan bersedekah.

2) Tiada jurang dengan peminatnya. Beliau ramah dan sering membalas komen atau tweet peminatnya dengan penuh kebaikan dan positiviti.

3) Sangat menjaga bahasa dan tutur kata. Beliau mahal dengan kata-kata aras tinggi dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu dan Inggeris yang ada ‘slang’ memukau.

4) Beliau berdiri atas bakat sendiri. Hidup beliau setiap adalah belajar dan memperbaiki bakat. Mengasah lebih baik dan sentiasa berniat untuk berikan yang terbaik pada ‘audience’,” katanya.

5) Allahyrham adalah menggunakan platform media sosial ke arah kebajikan, sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum dan kata-kata Adibah sarat dengan inspirasi dan pengajaran.

6) Beliau selalu ‘retweet’ dengan cara membantu orang awam dan juga haiwan peliharaan. Beliau buat dengan sukarela dan ikhlas.

7) Beliau sentiasa membuat orang lain ketawa dan tersenyum. Semua orang yang meluangkan masa dengannya sentiasa dapat aura positif dan sangat menenangkan bila bersama dengannya.

” Kata-kata beliau sarat dengan inspirasi dan pengajaran. Beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi buat orang di sekelilingnya,” katanya.

Dalam masa sama, Fadzilah menyifatkan pemergian Adibah hilangnya sebuah butir mutiara seni yang pasti dirindui.

Remy Ishak selalu dihubungi arwh tanya khabar

Sementara itu, aktor terkenal Remy Ishak turut menyifatkan pemergian Allahyrham Adibah yang sudah dianggap sebagai mentor sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja buat industri, bahkan tersangat peribadi buat dirinya.

Akui Remy, Allahyrham bukan sahaja seorang mentor buat ramai artis lain, tetapi turut dianggap sebagai seorang kakak yang amat baik.

” Saya masih ingat, semasa saya sakit dan kurang sihat tempoh hari pun dia selalu hubungi saya tanya khabar.

” Kita kehilangan sebutir lagi permata yang bukan sahaja berbakat dalam bidang seni, tapi hilang seorang insan mulia yang banyak berbakti.

” Dia juga seorang kakak yang sering tidak kedekut memberi nasihat bukan setakat soal kerjaya.

” Sikap positif yang ditunjukkan dia sangat terkesan sampai ke hari ini,” ujarnya.

Sumber:utusan dan hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*