‘Mana Lagi Saya Nak Cari Duit’ – Aman Graseka HiIang Punca Pndapatan, lsteri Pula Dah Nak BersaIin

” Mana lagi ikhtiar saya nak cari duit”

Itu luahan pelakon, Aman Graseka, 53, yang meminta penerbit dan pengarah filem berjudul 1875 menjelaskan bayaran sebanyak RM25,OOO yang tertunggak sejak empat tahun lalu.

Menurut Aman yang melakonkan watak Datuk Maharaja Lela dalam filem itu, dia memerlukan wang itu kerana isterinya, Nurul Amrina Zamri, 32, akan melahirkan anak kedua mereka, bulan depan.

Aman yang kini menetap di kampung halaman isterinya di Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah sudah dua tahun hilang punca pendapatan akibat penularan pandemik COVlD-l9 yang mengehadkan peluangnya untuk berlakon.

” Isteri nak bersalin. Situasi COVlD-l9 yang tiada kesudahan dan tiada kerja. Ia memang buat saya pening kepala. Mana lagi ikhtiar saya untuk cari duit?” katanya.

Aman atau nama sebenarnya Aman Shah Baharom Shah berkata, filem itu diterbitkan menggunakan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Difahamkan, filem yang menjalani penggambaran empat tahun lalu itu masih belum ditayangkan.

” Pada peringkat awal, kami menandatangani kontrak menggunakan nama syarikat lain. Namun, selepas seminggu penggambaran, pengarah ini tukar nama syarikat kepada nama lain.

” Jadi, dia kata tak nak bayar satu sen pun kerana kami tandatangan dengan syarikat lain.

” Malah ketika penggambaran di sebuah resort di Sungai Itik, Gopeng, Perak saya terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar sewa di lokasi,” katanya.

Menurutnya, isterinya yang ketika itu menemaninya turut ditawarkan berlakon, namun turut tidak menerima sebarang bayaran.

” Isteri sepatutnya menerima bayaran RM3,OOO. Saya sering menghubungi penerbit itu tapi dia hanya berikan janji palsu. Katanya apabila ada duit dia pasti akan bayar.

” Akhirnya saya hilang sabar dan mempersoalkan janjinya. Dia kemudian bertindak menyekat sebarang panggilan dan mesej saya. Saya amat kecewa dengan sikapnya dan tak mahu perkara ini berlaku lagi kepada pelakon lain selepas ini,” katanya.

Aman berkata, dia ada meminta bantuan daripada rakan-rakannya, tetapi dalam keadaan sekarang mereka juga berdepan kesusahan.

Dia juga ada meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), tetapi belum ada sebarang jawapan.

Pada tahun 2018, Aman telah bernikah dengan pelakon Nurul Amrina setelah 10 tahun menduda.

Pasangan ini telah diijabkabulkan dalam majlis ringkas di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aishymir Mateen yang kini berusia dua tahun.

Pasangan ini berkenalan ketika menjalani penggambaran drama bersiri, Papa Nak Menantu terbitan Zeel Production di Perlis, tahun 2017 dan mempunyai perbezaan usia 22 tahun.

Kenali siapa Aman Graseka

Dilahirkan pada 28 Februari 1968, Aman Graseka yang juga anak jati Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1991.

Beliau pernah meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 1999 dan menerusi watak penulis novel dalam filem tersebut melayakkan beliau bertanding dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-12.

Aman memulakan karier dengan memegang watak-watak kecil dan lagak ngeri sebelum diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem Cinta Kita pada tahun 1995 bergandingan dengan aktres popular Sofia Jane.

Sejak itu nama beliau popular sebagai pelakon lelaki yang berbakat.

Pada tahun 1999, beliau menerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya sebagai trangender dalam telefilem Amy Anuar di Anugerah Seri Angkasa.

Pada tahun 1997 beliau melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dangdut Mas Idayu secara rahsia.

Perkahwinan yang bertahan selama 10 tahun itu dirahsiakan daripada media dan peminat biarpun ramai yang bertanya. Mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Nur Dayini Asyiqah.

Sumber:hmetr0 dan wikipedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*