Penggali Kbur Dedah Siapa Wanita Yang Merayu Rayu Mahu Lihat Kbur Abam Dan Apa Kaitannya Dgn Abam

Seorang penggali kbur yang dikenali sebagai Khairuddin, 51, apabila didatangi seorang wanita yang merayu supaya membenarkan dia melawat pusara pelawak terkenal, Abam Bocey, malam semalam.

” Tolonglah pakcik, saya nak masuk tengok kbur arwh Abam.

” Selama ini dia yang menampung persekolahan anak saya,”

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, pergi mengadap Ilahi di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Batu 10, Jalan Gombak pada jam 7.15 pagi semalam selepas mengalami dmam selama dua hari.

Khairuddin berkata, dia didatangi wanita berusia lingkungan 40-an bersama anak perempuannya berusia belasan tahun yang menunggang motosikal kira-kira jam 8 malam di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

” Selesai bacaan talkin, saya memberi masa 10 minit kepada waris dan rakan untuk berada di pusara arwh Abam sebelum menutup lampu dan meminta sesiapa yang ingin melawat kbur arwh supaya datang pagi esok (hari ini).

” Selepas menutup semua lampu dan pintu pagar, saya didatangi seorang wanita dan anaknya yang merayu supaya membenarkan mereka menziarahi pusara Abam,” katanya.

Khairuddin berkata, rayuan wanita itu meruntun hatinya walaupun pada mulanya dia meminta mereka supaya datang semula melawat keesokan pagi.

” Tetapi wanita berkenaan tetap merayu supaya saya membenarkannya masuk walaupun sekejap. Saya memberitahu wanita ini supaya datanglah esok, kbur ini sampai kiamat ada.

” Tetapi dia berkeras untuk masuk sebelum saya membenarkan dan menunjukkan kbur arwh,” katanya.

Menurutnya, dia menunjukkan jalan ke kbur arwh Abam sebelum menemani dua beranak terbabit berikutan keadaan ketika itu sudah gelap.

” Wanita itu mengambil masa 20 minit di pusara Abam dan saya dapat melihat kesedihannya yang ketika itu sedang berdoa.

” Selesai melawat pusara, saya bertanyakan apa hubungan arwh dengannya dan dia menceritakan dia bukan waris kepada Abam tetapi mengakui dia dan anak-anak banyak menerima sumbangan daripada arwh, malah Abam yang menyekolahkan anak dan menampung keluarganya,” katanya.

Menurutnya, dia terus terdiam dan sebak mendengar cerita wanita itu dan terdetik dalam hatinya siapa lagi yang dibantu arwh sepanjang hayatnya.

” Selepas itu wanita berkenaan terus pulang dan saya tidak sempat mengambil nombor telefon atau maklumat lain. Pagi tadi (hari ini) saya menunggu kedatangan wanita berkenaan di kbur tetapi tiada,” katanya.

Sementara itu, penceramah bebas Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek turut menceritakan kebaikan arwh Abam yang ketika hayatnya suka bersedekah, mendekati ilmuan agama dan taat kepada ibunya.

” Banyak pengajaran dapat diambil daripada kematian tiga pelawak terkenal tanah air iaitu arwh Abam, Mr Os dan Pak Yus.

” Ketiga-tiga mereka adalah pelawak tetapi ada kebaikan mereka disembunyikan ketika hayat yang ramai orang tidak tahu.

” Sempat juga beberapa tahun lepas saya solat jnzah untuk arwh Mr Os, saya menguruskan jnzah dia sangat mudah dan begitu juga arwh Pak Yus kerana mereka ini suka bersedekah.

” Sedekah adalah jalan paling mudah ke syurga asalkan ikhlas kerana Allah.

” Ini kerana sebelum sedekah sampai kepada penerima, sedekah itu sampai dulu kepada Allah, itulah ‘power’ bersedekah dan apa yang berlaku kepada arwh Abam adalah dia juga suka bersedekah,” katanya.

Pengerusi Skuad Pengurusan Jnzah Malaysia Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, sepanjang menguruskan jnzah arwh Abam, banyak kisah kebaikan yang didengari mengenai arwh.

” Arwh Abam dikatakan anak yang cukup taat pada ibunya dan selalu bantu adiknya.

” Lautan manusia memenuhi segenap penjuru Masjid Gombak Utara sedangkan Abam Bocey bukan seorang ulama atau tokoh politik disegani ramai.

” Arwh hanyalah seorang penghibur yang berjaya mendapat tempat di hati kita semua.

” Paling mengharukan di sebelah rumah arwh, ada sebuah madrasah tahfiz dan arwh dikatakan antara penyumbang tegar madrasah dan masjid di situ.

” Ketika saya mewudukkan jnzah arwh, kelihatan seri di wajahnya. Allahuakbar. Sungguh hebat insan ‘biasa-biasa’ ini,” katanya.

Menurutnya, solat jnzah Abam juga dihadiri ramai ulama dan asatizah serta sepanjang hari cuaca mendung sejak pagi seolah hari hendak hujan dan mentari tidak menampakkan cahayanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*