Pemain Terkenal JDT Mat Don Kini Sah Warganegara Malaysia, Selangkah Untuk Sarung Jersi Harimau Malaya

” Good morning semua Malaysia. Today is a big day for you. But especially for me. So pray for me, Insyaallah. I love you all,”

Itu status yang dibuat oleh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi di IG story beliau seakan mahu memberitahu beliau kini sudah mendapat kewarganegaraan Malaysia.

Dalam entry berlainan pula, Liridon berkongsi gambar beliau memegang pasport Malaysia beserta kapsyen ditulis “Done, Elhamdulillah”.

Terdahulu Liridon Krasniqi hanya selangkah untuk menyarung jersi Harimau Malaya berstatus pemain naturalisasi selepas disahkan menjadi warganegara Malaysia hari ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, dengan bergelar warganegara Malaysia, Liridon yang genap berusia 28 tahun pada 1 Januari lalu kini hanya menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

” FAM akan menghantar segera dokumen terbaru berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.

” Kami berharap dengan kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya akan dapat memperkasakan lagi pasukan.

Krasniqi (dua, kiri) menerima MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya hari ini. – Foto Football Association of Malaysia (Official)

” Pada masa sama FAM juga ingin sekali lagi berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta para pegawai dari Kementerian Dalam Negeri yang telah banyak membantu sepanjang proses untuk Liridon mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian ini,” katanya yang dipetik dari laman Facebook Football Association of Malaysia (Official) sebentar tadi.

Inisiatif dan idea ke arah pengambilan pemain naturalisasi ini mula dicetuskan sendiri Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sejak dari hari pertama beliau memegang jawatan tersebut pada 14 Julai 2018.

Idea itu seterusnya digerakkan menerusi pembentukan Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM yang dipengerusikan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan disusuli mekanisme proses pengambilan pemain naturalisasi menerusi tiga peringkat.

Ia melibatkan peringkat jangka pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada mesyuarat kali ketujuh bagi penggal 2017-2021 pada 30 Mac tahun lalu.

Sementara berdasarkan semakan menerusi akaun Instagram Liridon, rata-rata rakan sepasukan mengucapkan tahniah dan selamat datang ke dalam keluarga Harimau Malaysia kepadanya.

” Malaysias next top model,” tulis Brendan Gan

” Mantop Ustaz Don,” gurau Akhyar Rashid

Malah kebanyakan peminat bola sepak tempatan juga dilihat begitu teruja mendengar khabar berita ini yang tidak sabar mahu melihat Liridon menyarung jersi Harimau Malaysia.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sinarharian dan IG Liridon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*