Ini 1O Fakta Menarik Mengenai Imam Shah, Suami Hannah Delisha. Rupanya Sepupu Dia Artis Terkenal

Sejak petang semalam, industri hiburan tanah air telah dikjutkan dengan berita pernikahan pelakon cantik yang berasal dari Singapura, iaitu Hannah Delisha.

Boleh dikatakan bukan sahaja peminat, malah pihak media tempatan dan Singapura turut berasa terkjut dengan berita tersebut yang hanya diketahui sebaik Hannah berkongsinya di Instagram beliau.

Siapa sangka dalam diam-diam Hannah Delisha, 25, telah pun selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Imam Shah pada Khamis, 18 Februari.

Hubungan yang telah terjalin sejak lima tahun itu dimeterai menerusi satu majlis pernikahan yang berlangsung dalam keadaan serba sederhana di Singapura.

Pasti ramai tertanya-tanya siapa gerangan jejaka yang bertuah memiliki gadis idaman Malaya ini.

Di sini, mStar kongsikan 10 fakta mengenai Imam Shah serta hubungannya dengan Hannah Delisha.

1) Imam Shah atau nama sebenarnya Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib merupakan seorang pelakon Singapura.

2) Selain berbadan sasa dan aktif dalam sukan seni pertahanan diri, jejaka berusia 32 tahun ini juga dikenali sebagai pelakon aksi dan juga model.

3) Imam juga pernah membintangi drama bersiri yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2018 iaitu, Lafazkan Kalimah Cintamu yang turut dibintangi Nelydia Senrose dan Farid Kamil.

4) Dia juga merupakan sepupu kepada pelakon Nadiyah Shahab. Jadi tidak hairanlah Nadiyah menjadi orang terawal yang memberi ucapan dan turut memuatnaik gambar pernikahan Hannah dan Imam di Insta Story beliau.

5) Menerusi laman Instagramnya, @imamemy, Imam mempunyai seramai lebih 100,000 pengikut dan hanya memuat naik sekeping foto bersama Hannah sepanjang hubungan cinta mereka terjalin.

6) Menerusi pemerhatian di laman Instagramnya, Imam dilihat gemar berkongsikan aktiviti seni serta kecergasan, memang padanlah dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon aksi.

7) Ibu Imam, Mariana Yati merupakan seorang pelakon dan masih aktif berlakon dan pernah dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terrbaik di negara kelahirannya, Singapura.

8) Pasangan ini pernah bekerjasama dalam drama episod Faculty CH5 yang disiarkan di Mediacorp Channel 5 sekitar Mac 2017.

9) Tarikh pernikahan iaitu 18 Februari merupakan tarikh ulang tahun hubungan mereka yang kelima.

10) Hannah tidak pernah memuat naik foto bersama Imam, manakala Imam hanya memuat naik sekeping foto mereka bersama lima tahun lalu. Betul-betul simpan rahsia!

Sementara itu, Dura Aiman yang merupakan pengurus Hannah Delisha memberitahu pelakon itu tidak berniat merahsiakan perkahwinan tersebut.

Dura berkata, pelakon kelahiran Singapura itu akan berkongsi kenyataan media mempercincikan perkahwinan mengejutnya dengan lelaki juga merupakan seorang pelakon dari negara republik tersebut.

” Hannah is a very very private person. (Hannah merupakan seorang yang sangat-sangat menjaga privasi). Hannah akan keluarkan kenyataan media secepat mungkin.

” Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi masa sedikit,” katanya Dura yang juga merupakan pengurus artis syarikat pengurusan, Prodigy Syndrome Management Malaysia kepada Kosmo! ketika dihubungi sebentar tadi.

” Hannah dan Imam sudah rancang berkahwin sejak 5 tahun lepas,” dedah Dura secara ringkas lagi.

Dalam pada itu, Dura berkata, gambar yang viral itu bukanlah adegan drama sebaliknya memang majlis akad nikah Hannah bersama Imam Shah.

” Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berkongsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.

” Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut,” katanya.

Sumber:mstar dan k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*