‘Kalau Selisih Tepi Jalan Orang Tak Kenal Dia Siapa’ – Kisah Sebenar J.S Kevin, Karyanya Setaraf M. Nasir

Jika ditanya mengenai lagu Misteri Mimpi Syakilla pastinya semua orang tahu ia dinyanyikan oleh Dato’ Awie, Wings, kumpulan rock lagenda tanahair.

Bagaimana pula dengan pencipta lagu tersebut? Mungkin ramai yang tak tahu lagu popular itu sebenarnya dicipta oleh komposer Allahyrham, J.S Kevin.

Nama J.S Kevin sebenarnya sangat sinonim dengan kebanyakan lagu-lagu yang popular di kalangan ‘rockers’ di negara ini terutamanya di sekitar tahun 80an dan 90an.

Bercakap mengenai J.S Kevin, pemain bass kumpulan XPDC, Zuar menceritakan kisah yang ramai tak tahu.

Menurut Zuar, beliau sudah lama mengenali J.S Kevin kerana membesar bersama-sama.

” Saya sendiri secara peribadinya mengenali beliau sejak usia remaja lagi, sama-sama membesar sehinggalah beliau muncul sebagai seorang pencipta atau penggubah lagu yang sangat terkenal.

” Malah memang antara kami sendiri mempunyai pertalian keluarga.

Cipta lagu secara spontan tiada siapa mampu menandinginya

” Tidak keterlaluan jika dikatakan arwh sangat dikenali di kalangan pemuzik terutamanya kumpulan rock tanah air sebagai seorang penggubah lagu yang boleh dikategorikan sebagai ‘genius’.

” Cara Allahyrham mencipta lagu secara spontan sangat sukar ditemui sehingga kini atau boleh dikatakan tiada langsung yang mampu menandinginya.

” Saya masih ingat sewaktu beliau aktif mencipta lagu, kebanyakannya Allahyrham akan mencipta melodi dengan lirik sekali dan berdasarkan karektor si penyanyi yang bakal melantunkan lagu tersebut.

” Beliau amat teliti dan cermat dalam menghasilkan sesebuah lagu walaupun mungkin beliau cetuskan secara spontan atau dalam tempoh yang singkat.

” Lihat sahajalah hasil sentuhannya dalam lagu Nafisa, Semangat Yang Hilang, C.I.N.T.A, Misteri Mimpi Syakilla, Suara Kita dan lain-lain yang sehingga kini masih kekal mekar dalam ingatan kita.

” Arwh J.S Kevin juga mahir bermain alat-alat muzik. Maka tidak hairanlah jika dia juga sangat memahami kehendak pemuzik dalam setiap kumpulan rock tanah air.

” Beliau jugalah sebenarnya orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam kumpulan XPDC sebagai pemain bass.

” Pada masa itu saya masih ingat, XPDC masih belum dikenali dan nama kumpulan kami ketika itu adalah Trag3di sebelum beliau tukar nama band kami sebagai XPDC yang dikenali sehingga ke hari ini.

” Saya ketika itu adalah individu yang sering mengikut beliau ke studio rakaman melihat sendiri kerja-kerja dan proses sesuatu rakaman lagu dilakukan.

” Waktu itu beliau banyak terlibat dalam pembikinan dan menerbitkan album-album kumpulan rock terkemuka.

” Ada sebahagiannya saya dah lupa nama album-album itu tapi yang saya ingat termasuklah WINGS dan BPR selain XPDC sendiri.

” Ketika di penghujung hayat beliau, Allahyrham J.S Kevin sempat menciptakan lagu untuk saya. Ketika itu saya sudah pun keluar dari kumpulan XPDC dan menubuhkan kumpulan VIPER.

” Ia telah dimuatkan dalam album Viper, dan lagu tersebut diberi tajuk ‘Perhentian Objektif’.

” Saya masih ingat, ketika menyiapkan lagu tersebut Allahyrham sedang bergeIut dengan s4kit yang dialaminya sejak sekian lama.

” Sejurus selepas lirik lagu tersebut siap,keesokan harinya beliau menghembuskan nafas terakhirnya di rumah beliau di Ampang pada 8 Ogos 2002.

” Sayalah antara orang yang menguruskan jenazah Allahyrham ketika itu. Tidak dapat dinafikan pemergian beliau sangat dirasai oleh ramai orang dalam industri muzik tanah air.

” Sangat sukar untuk kita cari mana-mana individu yang mempunyai tahap genius dalam mencipta lagu seperti beliau.

” Sehingga kini saya tidak pernah menemui ciri-ciri ‘genius’ itu pada penggubah atau pencipta lagu yang lain.

” Malah ketiadaan beliau sangat dirasai oleh semua anggota XPDC terutamanya ketika beliau pergi itu XPDC dalam keadaan berpecah. Kami ketika itu seperti hilang haluan dan tidak tahu ke mana hala tuju kami.” luah Zuar.

Akhiri Zuar, J.S Kevin dari kaca mata beliau adalah seorang sangat berbakat,ideanya kadangkala amat sukar untuk ditafsir.

Banyak tindakannya yang kita tidak jangka sama sekali dan sememangnya beliau adalah anugerah Tuhan yang sangat sukar untuk dicari ganti.

Tidak pernah hadir dalam sebarang acara dianjurkan stesen TV

Nama sebenar Allahyrham, Zulkifli Adnan Mohd Razali dilahirkan pada tahun 1960 di Perak.

Manakala menerusi rujukan laman wikipedia menyatakan bahawa Allahyrham J.S Kevin dilahirkan di perairan Australia apabila bapanya seorang kelasi kapal membawa bersama ibunya yang sedang hamiI ketika itu.

Membesar di Kg Bumiputra, Keramat, Kuala Lumpur, beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Seri Ampang, Kuala Lumpur. MeninggI dnia pada 8hb Ogos, 2002.

Beliau pernah bekerja selama empat tahun di pelantar minyak Esso di Terengganu dan mula mengenali Saleem ( IKLIM ) dan berkawan rapat, di sini jugalah beliau mula mendapat ilham mencipta lagu.

Paling menarik mengenai J.S Kevin adalah, beliau tidak pernah hadir dalam sebarang acara pertandingan lagu yang dianjurkan oleh stesen televisyen.

Semua hadiah kemenangan beliau diterima oleh wakil.

Gambar beliau telah disiarkan kepada umum semasa Anugerah Industri Muzik 2003 di dalam segmen memperingati insan seni yang telah meninggI dnia.

Allahyrham merupakan penerbit album dan komposer menggunakan nama pena J.S Kevin, Z.N Kevin, Joe Kevin, Mr Kevin dan beberapa lagi nama pena pernah digunakan oleh Allahyrham.

Tapi nama yang paling kerap digunakan oleh llahyarham ialah J.S Kevin dan beliau memang lebih dikenali dengan nama tersebut.

Dalam Album pertama XPDC, ‘Darjah Satu’ beliau menggunakan kedua2 dua nama J.S Kevin sebagai pencipta lagu dan Z.N Kevin sebagai penulis lirik.

Menurut beliau, Z.N Kevin adalah atas nama isterinya supaya isterinya turut mendapat royalti atas lagu yang diciptanya.

Allahyrham merupakan anak bongsu dari lima adik beradik, isteri beliau Noraishah Abdul Hamid dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Allahyrham menghembuskan nafas terakhir pada 8 ogos 2002 pada usia 42 tahun akibat serangan angin ahmar dan paru paru berair.

Sepanjang hayat beliau banyak menghasilkan lagu dan lirik yang telah berjaya mengangkat nama banyak kumpulan rockapak dan artis solo tanah air antaranya XPDC, Wings, Fahrenheit, Hattan, BPR, MAY dan Hattan.

Antara lagu lagu yang mendapat sentuhan Allahyrham ialah, ‘C.I.N.T.A’, ‘C.T Cinta Kenangan Silam’, ‘Titian Perjalanan’, ‘Hentian Ini’ dan ‘teman’ (XPDC), ‘Biarkan berlalu’, ‘Misteri Mimpi Syakilla’ dan ‘Inspirasi Shakilla’ (Wings) dan banyak lagi.

Selisih tepi jalan orang takkan kenal

Difahamkan kumpulan rock XPDC paling banyak menerima sentuhan Allahyrham dan lagu lagu Allahyrham lah yang telah mengangkat nama XPDC.

80 peratus lagu dalam Album Pertama XPDC, ‘Darjah Satu’ adalah ciptaan beliau.

Lagu lagu yang dihasilkan Allahyrham memang mempunyai nilai seni yang tinggi dan dari lirik yag dihasilkan mengandungi unsur keikhlasan dan makna tersendiri.

Kebanyakan lagu boleh dikatakan memang tiada pengganti.

Walaupun Karya Allahyrham banyak menghasilkan karya masterpiece setaraf dengan M.Nasir dan Ramli Sarip, Allahyrham tetap maintain low profile, jauh dari publisiti.

Malah ada yang berkata sekiranya sesiapa selisih dengan dia tepi jalan takkan kenal dia tu adalah J.S Kevin.

Semoga Allah menempatkan arwh dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah…

Sumber:astr0awani dan wikipedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*