Siapa Yang Tak Nak Pergi Dlm Keadaan Tidur Dan Masjid Dipenuhi Lautan Manusia – Luahan PiIu Jihan Muse

” Nak menulis tak tertulis, nak berkata tak terluah. Mulakan saja tanpa tahu mana patut berhenti.

” Terkejut tapi tidak mengejutkan. Terduduk tapi tidak meraung. Mungkinkah kerana sudah terbiasa. Melatih diri untuk faham tentang redha.

” Seorang lagi nakhoda pergi meninggalkan anak2 kapalnya berlayar ke pelabuhan jauh. Ke negeri yg abadi. Seorang lagi pemimpin. Lelaki.

” Pemergian Abam mengingatkan kita mengenai kem4tian yang tidak mengira waktu. Rezeki Abam menghadap Ilahi dalam keadaan yang tenang,”

Demikian kata pelawak dan pengacara Jihan Muse yang menganggap kem4tian pelawak Abam sangat dicemburui berikutan arwh seorang yang sangat baik.

Jihan berkata, melihat pemergian Abam yang begitu mudah serta kehadiran ribuan jemaah untuk solat jnzah adalah sesuatu yang tidak boleh dirancang.

” Siapa yang tak nak pergi dalam keadaan tidur dan masjid dipenuhi dengan lautan manusia untuk mengiringi jnzah Abam hingga ke perjalanan terakhirnya.

” Semua itu tidak boleh dirancang. Saya tidak boleh nak cakap diri saya baik dan mendapat pengakhiran yang begitu. Namun, apa yang berlaku mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik dengan orang.

” Abam seorang insan yang berhati mulia. Ramai yang menyayanginya dan saya tiada masalah langsung dengannya. Malah, kita juga tak pernah dengar cerita buruk tentang dia selama ini,” katanya.

Menurut Jihan, pemergian Abam sesuatu yang amat mengejutkan apabila satu demi satu orang terdekat dengannya menghadap Ilahi.

” Saya tak sempat nak habis sedih dengan kehilangan beberapa orang hebat dalam industri seni yang saya kenali rapat seperti Din Beramboi, Pak Yus, Abg Pitt Hamzah serta Lok U.

” Dan, semalam dikejutkan pula dengan berita arwh Abam mninggaI dnia. Saya seakan ‘bingung’ adakah benar berita yang saya terima ini? Semuanya, saya rapat dan pernah bekerjasama sekali,” katanya.

Tambah Jihan, lebih membuatkan dia pilu dengan pemergian Abam apabila mengenangkan nasib anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

” Apa yang membuatkan saya lebih pilu, ketika memikirkan anak dia. Bila dah jadi mak kita faham macam mana anak itu bila membesar nanti.

” Tak sempat nak mengenali ayahnya dan apakah dia ingat wajah ayahnya? Itu yang paling sedih,”katanya.

Terdahulu, pelawak popular Abam Bocey, 32, mninggaI dnia di kediamannya di Gombak, Selangor jam 8.30 pagi semalam dipercayai akibat dmam panas.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*