Abam Kuat Cari Rezeki Bantu Mak Dan Adik. Sponsor Adik Kahwin, Semua Dah Khwin Baru Abam Kahwin

” Walaupun saya dan ada banyak duit tapi masih untuk adik-adik.. Saya bagitau betul-betul saya ada beratus ribu dalam bank hasil kemenangan..tapi dengan siapa saya nak berkongsi duit tu..family lah”

Demikian kata-kata arwh Abam dalam sedutan vdeo ketika dia ditemubual oleh Ustaz Ebit Lew pula, menceritakan semua duit yang dia ada dibelanjakan untuk keluarga dan adik-adik.

Dilahirkan di Gombak, Selangor pada 19 Januari 1988, nama Abam mula dikenali selepas menyertai pertandingan Bintang Mencari Bintang anjuran TV3 pada 2013 bersama Fad menerusi kumpulan Bocik.

Waktu itu Bocik muncul naib juara manakala Achey yang ketika itu tampil solo muncul sebagai juara. Mereka kemudian bergabung menubuhkan kumpulan Bocey dan muncul pertama kali dalam program Maharaja Lawak Mega pada 2013.

Di situlah bermulanya populariti Abam bersama Bocey dan mereka tidak menoleh ke belakang lagi.

Siapa sangka jenakanya yang bersahaja dan menghiburkan menjadikan Allahyrham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32 atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey disenangi peminat dan rakan-rakan.

Kesungguhannya mempertaruhkan bakat dimiliki juga meletakkan Abam sebaris dengan pelakon dan pelawak popular tanah air. Walaupun berbadan besar, tetapi itulah kelebihan Abam yang membantunya muncul sebagai pelawak popular.

Namun peminat seni hiburan tanahair berduka setelah dikejutkan dengan berita pmergian Abam yang mninggaI dnia awal pagi semalam di kediamannya di Gombak.

Ahli keluarga dan sahabat karib pastinya antara yang paling terkesan dengan berita itu. Fad dan Bocey antara yang paling awal berkongsi beritu pmergian Abam di IG, memuatnaik vdeo dan masing-masing menangis. Tidak pelik kerana mereka yang paling rapat dengan Abam.

Rakan artis lain juga tidak ketinggalan menulis dan berkongsi pengalaman di akaun laman sosial masing-masing. Semuanya bercerita tentang kebaikan Abam. Semua cerita tentang kemuliaan hati seorang pelawak yang bernama Abam.

Seorang pendakwah popular, Ustaz Ebit Liu turut memuatnaik status tentang pengalaman menengali Abam dan berkongsi vdeo ketika Abam dijemput menjadi tetamu undangan dalam satu forum.

” Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan. Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya.

” Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa di sebalik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu.

” Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah.

” Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey semoga Allah ampunkan semua d0sa dan beri syurga Firdaus buat dirinya. Semoga ibu, isteri dan anaknya yang comel sangat serta seisi keluarga kuat yer. Allah sayang semuanya-ebitlew”.

Ramainya sayangkan Abam. Seorang lelaki yang memilih untuk menjadi pelawak sebagai pekerjaan bukan sekadar untuk menyara keluarga, tapi hadirnya untuk menceria dan menghiburkan kita semua. Dan semalam dia sudah pergi meninggalkan kita semua bertemu sang Pencipta.

Alfatihah.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : IG Ustaz Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*