Ropie Ucap Tahniah Kepada Zizi Kirana Dan Suami. Tiba2 Masuk Satu Komen Buat Semua Berdekah

Penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin akhirnya selamat bernikah pada Ahad, sehari selepas mStar mendedahkan tentang rancangan mereka untuk berumah tangga.

Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil.

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Penyanyi lagu Eh ini menerima mas kahwin RM300 bersama senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.

Zizi dilihat anggun mengenakan persalinan hitam klasik rekaan Shanell Harun dan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.

Usai pernikahan, pasangan pengantin meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

” Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar… kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.

” Semuanya dilakukan saat-saat akhir! Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan… doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah.

” InsyaAllah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” kata Zizi kepada mStar.

Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Zizi berkata dia mula mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Mereka mula serius mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan.

” Pertama kali jumpa kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan… sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.

” Saya selesa berkawan dengannya dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini… hujung bulan Ogos kami rancang untuk terus berkahwin.

” Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlulah nak tunggu lama-lama!

” Sejujurnya sepanjang perkenalan ini, kami hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kami lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit dan media sosial,” ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata, Zizi berkata dia dan Yusuf bersedia menerima zuriat dalam masa terdekat.

” Kalau ada rezeki anak, kami terima seadanya. Kalau ada dua anak pun dah cukup!

” Tiada perancangan bulan madu sebab Isnin ini saya dah bekerja macam biasa… cuma kita ada rancang untuk tunaikan umrah bersama selepas sempadan negara dibuka,” katanya.

Pak Kodi ucap tahniah, sekali respon ntizen buat semua berdekah

Sementara itu, Zizi Kirana turut berkongsi berita yang dinantikan peminat-peminat beliau di akaun Instagram.

” Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami selamat diijabkabul dengan sekali lafaz . Terima kasih untuk doa dari keluarga, sahabat dan kalian semua semoga Allah memberkati kita semua…” tulis Zizi.

Status Zizi itu lantas mendapat respon peminat dan rakan-rakan di kalangan artis yang mengucapkan tahniah.

Namun paling mencuri tumpuan adalah komen daripada pelakon dan pelawak, Ropie.

” Syukur Alhamdulilkah tahniah Zizi Kirana dan Encik suami..” tulis Ropie ringkas.

Namun bukan kerana komen Ropie yang jadi tumpuan, tetapi reaksi peminat yang mengaitkan satu ‘kisah’ lucu yang membabitkan Ropie dalam sitkom J.K.K Kampung Kalut pada tahun 2019 telah mencuit hati ramai.

” Pak kodi… jangan nyanyi lagi macam aritu… hahaha” tulis Izhar yang kemudian disusuli komen ntizen yang turut teringat dengan kisah tersebut.

” Terus teringat lagu Pak Kodi nyanyi haha,” tulis Sam.

Dalam episod terakhir dengan tema ‘Pak Din Nak Kahwin’ itu, ramai penonton terhibur dengan satu babak yang dilakonkan Ropie yang memegang karakter sebagai Pak Kodi.

Lah4nat pengantin baru… (vdeo di bawah)

Dalam babak untuk episod terakhir itu, Pak Din lakonan Ebby Yus yang sudah lama bercinta dengan Wangi, lakonan Zizi Kirana sudahnya berkahwin juga walaupun hubungan mereka tidak disukai penduduk Kampung Kalut.

Yang lucunya, ketika babak bersanding Pak Kodi siap menyanyikan lagu dan nyanyiannya telah membuatkan satu set ketawa terbahak-bahak.

Difahamkan babak itu tidak boleh ditayangkan di TV, mana tidaknya lirik lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ telah ditukar kepada ‘Lah4nat’ pengantin baru. Kedengaran agak ksar, tapi ramai yang terhibur.

Malah, ada dalam kalangan rakan artis berkongsi vdeo tersebut salah seorangnya Azhan Rani, gara-gara terlalu terhibur dengan watak Ropie dalam episod terakhir itu dan telah meraih ratusan ribu tontonan.

Sumber:mstar dan IG Zizi Kirana.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*