Mengadu Skit Kepala, Tetapi Bila Ajak ke Hspital Dia Tak Mahu. Luahan Isteri Abam Bocey

Pelakon dan pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey mninggal dnia di kediamannya di Gombak pada Isnin. Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

” Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernfas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

” Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

” Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Salah eorang lagi rakan karib mereka iaitu Achey turut berkongsi status memberitahu tentang pemergian Abam.

” Kenapa awal sangat bam!!!.  mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss,” tulis Achey

Menerusi ruangan komen masih ramai tertanya-tanya apa yang berlaku, termasuk rakan artis yang belum jelas dengan punca pemergian Abam.

Antaranya ialah pengacara Aidid Marcelo yang bertanya, “Kenapa Fad, kenapa dengan Abam?”

Rata-rata warganet telah membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah dan doa semoga Abam ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

” Saya dapat tau dia mninggaI di live Fizie Hotfm di bigo tadi,” tulis seorang netizen

” Alfatihah..salam takziah buat abam sekeluarga,semoga rohnya bersama org2 yg beriman..in sha allah,” komen Lili

” Hilang lagi seorang pelawak legend, semoga fad tenang menghadapinyaa dan semoga Abam ditempatkan dikalangan orang beriman,” tulis Ainul

Sementara itu menerusi entri dimuatnaik oleh pelakon dan usahawan, Fizo Omar, beliau berkongsi tentang pemergian Abam Bocey yang menghembuskan nfas terakhir sekitar jam 7 pagi tadi.

” Al fatihah…Abam bocey baru sahaja menghembus nfas terakhir pagi tadi sekitar jam 7am ketika tidur. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman dan salam takziah buat keluarga. Al fatihah…”

Seorang rakan artis iaitu Shuib Sepahtu turut berkongsi berita mengejutkan seluruh peminat seni hiburan tanahair itu.

” Sama sama kita sedekahkan al fatihah pd Arwah Syed Umar Mokhtar @ Abam,” tulis Shuib.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*