Shuib Akhirnya Dapat Jumpa Ayash Hari Ini, ‘AlhamduliIIah AIIah Hadiahkan Berita Gembira’

Pastinya tiada hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran ke-37 pelawak Shuib melainkan khabar gembira mengenai bay1nya iaitu Ayash Affan yang masih berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, beliau melahirkan rasa syukur apabila dibenarkan untuk bertemu dengan anaknya di hspital buat pertama kali pada Isnin.

” Alhamdulillah… di hari kelahiran, Allah hadiahkan berita gembira. Dah boleh ke hspital tengok Ayash Affan.

” Ia akan jadi hari pertama melihat dan menyentuh Ayash Affan,” luah Shuib menerusi Instastory miliknya.

Menerusi laporan mStar pada 26 Ogos lalu, Shuib memberitahu bay1nya sudah mula diberikan s.usu badan dan akan dibuka alat bntuan pernfasan dalam masa terdekat.

Teruja untuk bertemu dengan bay1 pram4tangnya itu, Shuib memberitahu dia masih teringat kata-kata terakhir Allahyrham isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah.

Menurut ahli kumpulan lawak Sepahtu ini, dia akan melakukan yang terbaik untuk menjaga anak mereka seperti mana arwh isterinya mahukan.

” Insya-Allah, Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘baby keempat ini you jaga dia tau. You jaga okay’.

” Insya-Allah sayang. I akan jaga dia macam mana I jaga you sampailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia dan akhirat.

” Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I. Perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang,” katanya.

Siti Sarah, 37, menghembvskan nfas ter4khir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat COVlD-I9.

Allahyrham menjalani pembdahan bagi mengeluarkan bay1 lelaki ketika kndungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Terdahulu Shuib mengakui semakin teruja dan sudah menyiapkan barangan keperluan bagi menyambut kepulangan anak bongsunya, Ayash Affan.

Mskipun belum mendapat tarikh sebenar bila anaknya itu dibenarkan keluar hospital, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad berusaha mencukupkan kelengkapan yang perlu sebaik mungkin.

” Tak adalah berhabis beli barang sangat pun. Baju-baju abangnya pun masih simpan lagi, tapi insya-Allah selepas ini barulah akan beli-beli sedikit baju (baru).

” Alhamdulillah, hari ini pun katil sudah sampai. Setakat ini, itu sajalah yang perkembangan terbaru,” katanya.

Sepupu sendiri jadi ibu susuan Ayash Affan

Dalam pada itu Shuib memberitahu beliau akhirnya memilih sepupunya sendiri untuk menjadi ibu susuan kepada anak bongsunya, Ayash Affan..

Menurut Shuib keputusan menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash selepas berbincang bersama ahli keluarganya.

” Alhamdulillah ada dalam kalangan keluarga saya iaitu sepupu baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan lalu,” ujarnya.

Kata bapa kepada empat orang cahaya mata itu lagi, dia sebenarnya bimbang terhadap masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).

” Takut juga masa depan nanti kita tidak tahu apa akan jadi. Takut terkahwin pula, jadi masalah nanti. Jadi saya ambil dalam kalangan keluarga (ibu susuan),” jelasnya.

Shuib yang ditemu bual menerusi sebuah rancangan hiburan baru-baru ini turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa rakan artis dan rakyat Malaysia yang berniat untuk menolongnya mendapatkan bekalan susu ibu.

” Bukan sahaja Tilla (Syatilla), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya. Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bay1.

” Saya harap Allah SWT balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya,” jelasnya.

Shuib baru-baru ini meluahkan kerisauan memikirkan tentang susu ibu yang diperlukan Ayash selepas isteri tercinta, Allahyrham Siti Sarah Raissuddin meninggI dnia pada 9 Ogos lalu akibat COVlD-I9.

Selain Ayash, Allahyrham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*