Suasana Tiba Tiba Menjadi Hiba, Air Mata SuItan KeIantan Mengalir Ketika Bertitah

” Allahu sebaknya. Sungguh patik menyaksikan seorang Putera yang amat mengasihi Ayahandanya dengan begitu mendalam shingga kasih itu tersemai dalam jiwa rakyat jelata sekalian. Ampun Tuanku..”

Demikian antara komen warganet yang terkesan melihat air mata Sultan Muhammad V mengalir ketika bertitah sempena hari Keputeraan Ke-50 baginda.

Suasana hiba menyelubungi Istana Balai Besar di Kota Bharu hari ini apabila Sultan Kelantan Sultan Muhammad V menceritakan coretan perjalanan pengakhiran Almarhum Sultan Ismail Petra pada 28 September lalu.

Sultan Muhammad turut dilihat menahan sebak ketika membaca titah sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Ke-50 baginda.

Baginda menzahirkan perasaan sedih dan dukacita yang amat sangat terhadap kemangkatan ayahandanya pada 28 September lalu.

“ Tanggal 27 September 2019, 9.40 malam, ayahanda berada dalam kritikal. Beta bersama adinda berangkat ke Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“ Hanya doa sahaja yang mampu dipanjatkan kepada Allah mohon yang terbaik kepada Tuanku Sultan Ismail Petra.

“ Pasukan doktor yang merawat masih berharap keajaiban dan ihsan daripada yang maha Esa. Detik yang mendatang begitu meresahkan. Kadar denyutan jantung menurun. Allahuakhbar,” titahnya.

Baginda bertitah, doktor sempat melaksanakan solat tahajud, hajat serta witir manakala jururawat lelaki sentiasa membisikkan syahadah di telinga Tuanku dan bacaan Yassin berterusan.

“ Sesudah Subuh, dimaklumkan pihak HRPZ II, denyutan jantung semakin menurun dan beta, bonda serta adinda berada di sisi Sultan Ismail Petra.

“ Kekuasaan dan kehendakNya, Tuanku kembali kepada yang maha Esa detik 8.11 pagi pada tanggal 28 September 2019 bersamaan 28 Muharram 1441 Hijrah.

“ Makluman perkhabaran kemangkatan Tuanku dimaklumkan terus kepada Menteri Besar, Datuk Setiausaha Kerajaan dan Datuk Pengelola Istana di Lobi Wad Diraja,” titahnya.

Baginda turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, pegawai kerajaan dan semua pihak yang membantu dalam menyempurnakan istiadat pemakaman dan urusan dalam tempoh berkabung.

Terdahulu KDYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan berangkat pada Majlis Perbarisan Kehormatan Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan sempena Istiadat penganugerahan darjah kebesaran negeri Kelantan bersempena Hari Keputeraan ke-50 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V di Padang Merdeka hari ini.

Turut berangkat YTM Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan YBhg Cik Puan Sofie Louise Johansson.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*