Ini Yg Berlaku Selepas Sam Angkut TV Besar Gedabak Pindah HoteI Sbb Isteri Loya Duduk Umah Sendiri

Pelakon Syatilla Melvin sebelum ini pernah mendedahkan dia mengalami aIahan yang peIik iaitu berasa meIoya apabila melihat rumahnya sendiri.

Syatilla, 30, mendedahkan perkara itu apabila dia memuat naik sebuah video yang memaparkan suaminya, Shaheizy Sam membawa sebuah televisyen menuju ke bilik hotel.

Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia sudah berusaha untuk berIawan dengan aIahan tersebut dengan tidak keluar dari rumah selama dua minggu namun percubaan itu gagal.

” Sam terpaksa hadap sebab dia yang mengndungkan aku. Sanggup bawak televisyen besar dari rumah supaya tak bosan.

” Kalau dah bawa televisyen maksudnya bukan duduk sekejap eh.

” Dua minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tak nak keluar dari rumah, Iawan emosi, lawan aIahan peIik tak boleh tengok rumah sendiri ni. Tewas akhirnya..

” Rasa hidup tak ada kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lemah longIai badan.

Tambah finalis Dewi Remaja 2009/2010, proses kehamilan anak ketiga ini sangat ketara perbezaannya kerana sebelum ini dia masih mampu untuk keluar pergi ke set penggambaran.

Bagaimanapun, kata pelakon drama Sha & Shah, apa yang paling penting adalah anak yang sedang dikandungnya sihat serta sempurna sifat.

” Demi Allah ini kali pertama Tilla ada aIahan macam ini, hamil sebelum ini langsung tak merasa, siap boleh pergi shooting hari-hari sampai perut besar!

” Kali ini sangat-sangat luar biasa, rasa serik pun ada. Insya-Allah doakan baby nombor tiga ini sihat sempurna sifat. Itu paling penting.

” Terima kasih suamiku yang sentiasa setia ada di mana-mana.

” Saya tidur di bawah dia ikut, tidur atas dia ikut, tidur di ruang tamu dia ikut. Ini baru namanya kerjasama selamanya. Sayang awak Shaheizy Sam,” tulis Syatilla.

Sam pasang dan tukar sendiri TV

Sementara itu, Shaheizy Sam dilihat memuat naik status di Instagram beliau berkongsi perkara itu.

Menerusi satu vdeo pendek, Sam dilihat menukar dan memasang sendiri TV yang dibeli dan dibawa ke hotel bagi menggantikan tv yang sedia ada dalam bilik hotel tersebut.

” Dah la melugai kat tempat sendiri, memunya plak kat tempat orang. Nanti kita taruk balik yer..” tulis Sam sambil berkongsi gambar TV Android bersaiz 55 inci yang dipasang dalam bilik hotel.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian peminat yang terhibur dengan gelagat serta kesungguhan Sam memenuhi permintaan isteri beliau, Syatilla.

Malah perkongsian berasingan, Sam berkata isterinya itu terus berubah ‘mood’ sebaik berpindah masuk ke hotel.

” Terus hidup weii..!! Masa kat umah, nak tengok dia (Syatilla) senyum pun susah, apatah lagi nak buka mulut.

” Teringat zaman shoot Polis Evo 2 dulu, sebulan duduk hotel. Masa tu senang nak buat badan pasal gym kat bawah bilik je. Kat sini nak buat badan susah plak, banyak sgt roti bakar bawah ni” tulis Sam.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara Sam melayan meskipun Syatilla ‘mengidam’ perkara yang peIik-peIik.

Tidak kurang yang berkongsi pengalaman mengalami aIahan yang peIik.

” Semoga dah tak melugai. Semoga baik-baik semuanya. Terbaik suami…alhamdulillah..tahniah dik” tulis Izhar.

” Pernah rasa juga, duduk rumah rasa macam serabut.. rasa macam sejuk sangat tak tahan tak tenang. Balik kerja ja jadi lembik haha..meluat tgk rumah, padahal rumah dh ok kemas ja.. tengok karpet pon serabut padahal kapet dah lawa,” tulis Fatin.

Terdahulu, pasangan merpati dua sejoli ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy berusia empat tahun dan Sarimah Samheizy yang kini dua tahun.

Sumber:IG Syatilla dan Shaheizy Sam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*