‘Saya Tiada Tawaran Kerja, Apa Pun Takde’ – Tajul Memang Jatuh Terduduk, Nekad Guna Wang Simpanan

Pnyanyi Tajul, 24, pernah ambil risiko gunakan wang simpanan terakhirnya sebagai modal membuka perniagaan bersama isterinya Nurul Shamieza Eddie, 26, sebagai jalan terakhir jana pendapatan tidak lama dulu.

TajuI atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari berkata, ketika itu dia memang nekad cuba nasib kerana enggan membiarkan isterinya jatuh susah hidup bersamanya.

” Saya pernah jatuh paling susah saya rasa dalam hidup hampir setahun lebih selepas berkahwin. Nama saya senyap dalam tempoh itu.

” Saya tak ada tawaran kerja, tiada reviu, memang apa pun tiada.

” Ketika itu, kami memang sedih sebab baharu berkahwin dan bakal ada anak. Diuji pula dengan ujian begitu kemudian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memang saya ‘terduduklah’.

” Isteri nekad mulakan perniagaan dan saya pun bagi satu-satunya simpanan terakhir saya. Kalau tidak buat, simpanan itu pasti dibazirkan.

” Saya nekad jadikan ia modal dan alhamdulillah perniagaan itu menjadi sampai sekarang bertahan,” katanya.

Berdepan ujian itu ketika di awal fasa perkahwinannya, penyanyi lagu Tragedi Cinta Itu tidak sampai hati emosi isterinya turut terganggu.

” Saya pun faham dia mesti sedih, tambah pula emosi wanita mengandung, pasti dia terfikir bagaimana nak teruskan hidup bersama saya,” katanya yang ditemui pada sidang media pratonton siri lakonannya Sorry Naik Lori terbitan iQIYI, semalam.

Dalam siri arahan Aidilfitri Mohamed Yunus itu, Tajul turut bergandingan dengan Nazim Othman, Ruhainies, Sheila Mambo, Nafiz Muaz, dan Asha Zainul.

Siri sebanyak 15 episod terbabit akan ditayangkan bermula 4 November ini secara eksklusif di aplikasi iQIYI dan iQIY1 International bersama episod baharu yang akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu.

Kenali siapa Tajul

Pemilik nama penuh Tajul Ariff Noor bin Md Shari dilahirkan pada 1 April 1998 di Felda Sendayan, Negeri Sembilan dan merupakan penyanyi di bawah Syarikat rakaman FMC Music.

Berikut adalah fakta menarik Tajul;

1) Tajul merupakan adik penyanyi Achik Spin, Arwis Spin, Khalis Real Spin dan Beby Acha.

2) Anak bongsu daripada 10 adik-beradik.

3) Pernah bergelar penyanyi nasyid bagi kumpulan Akhdan yang memperjuangkan lagu berkonsepkan kerohanian dan alunan zikir. Turut sama dianggotai Mohd. Haizudin Hazad Nazri, Mohd. Zuhair Zakaria dan Mohd. Azrul Amri, serta berada di bawah label Hijjaz Records.

4) Mula popular sewaktu bernaung di bawah syarikat rakaman FMC Music menerusi single solo pertamanya, Sedalam-Dalam Rindu pada tahun 2016, diikuti Melamar Rindu (2017), Hasrita (2018) dan Kembalilah Rindu (2018).

5) Video muzik Sedalam-Dalam Rindu kini meraih lebih 27 juta tontonan di laman Youtube.

6) Pada Ogos 2018, Tajul menyertai program realiti terbaru Astro, ‘Big Stage’ yang merupakan pertandingan nyanyian di kalangan penyanyi muda. Turut serta ialah Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Andi Bernadee, Afieq Shazwan, Fara Hezel, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Baby Shima dan Wani Kayrie. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya apabila tersingkir di minggu kelima.

7) Tajul berkahwin dengan Nur Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.

Sumber:bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*