Beratus Gadis Whatsapp Nak Brkenalan Termasuk Dari Indonesia, Lelaki Promote Diri Akhirnya Jumpa CaIon

” Jika diikutkan hati, saya ingin berkahwin secepat mungkin tetapi perlu menghormati dan memahami kehendak wanita itu yang memerlukan masa untuk mengenali hati budi saya,”

Demikian pengakuan Nooraziro Abdullah, 35, dari Kampung Gong Nangka, Marang, Terengganu yang akhirnya bertemu wanita idaman, selepas dihubungi wanita terbabit.

Menurutnya, wanita itu antara calon suri hati Nooraziro yang kisahnya menggantung poster ‘mengiklankan diri’ mencari isteri tular di media sosial, awal bulan ini.

Tukang rumah itu berkata, dia kini dalam proses mengenali wanita berusia 33 tahun yang bekerja sebagai kerani di Kuala Terengganu, dan mengakui masing-masing saling tertarik antara satu sama lain.

” Kali pertama saya melihat dan mendengar tutur katanya yang lemah lembut, hati saya terus terpaut. Insya Allah jika ada jodoh kami akan berkahwin.

” Dia wanita pertama yang saya jumpa selepas poster saya tular. Saya tidak sangka terus tertarik dengan wanita itu saat pertama kali bertemunya.

” Saya nampak keikhlasannya sejak dia menghantar aplikasi WhatsApp untuk berkenalan dengan saya pada 18 Januari lalu,” katanya ketika dihubungi wartawan, hari ini.

Enggan mendedahkan nama wanita itu, Nooraziro berkata, selepas beberapa hari berhubung, mereka mengambil keputusan berjumpa di sebuah restoran di Kuala Terengganu pada 21 Januari lalu.

” Lebih sejam kami berbual selain bercerita mengenai diri masing-masing, melalui sikap serta tutur katanya, saya yakin dia seorang wanita yang sesuai dijadikan isteri.

Katanya, jika wanita berkulit sawo matang itu bersedia, mereka akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sehingga kini dia masih menerima lebih 500 aplikasi WhatsApp dan panggilan daripada wanita untuk berkenalan dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak selain Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, dia memberi tumpuan kepada wanita yang baru dikenalinya dan tidak ingin memulakan perkenalan dengan wanita lain.

Sementara itu adiknya, Noorazira Abdullah, 34, berkata, dia berharap pengenalan abangnya dengan wanita itu berterusan hingga ke jenjang pelamin.

” Saya berharap abang bertemu jodoh kerana sudah lama dia menunggu kehadiran wanita yang boleh menerimanya seadanya.

” Sekurang-kurangnya akan berasa lebih gembira jika ada teman, maklumlah semua empat adik perempuannya sudah berumah tangga dan mempunyai kehidupan masing-masing,” katanya.

Katanya, dia juga sudah menemui dan mengenali wanita itu dan senang dengan sikapnya yang ikhlas ingin berkawan dengan Nooraziro.

Terdahulu selepas kisahnya dipaparkan Harian Metro, Nooraziro mengatakan beratus wanita menghubunginya untuk berkenalan berikutan merasakan dia serius mencari jodoh.

” Selepas masuk surat khabar (Harian Metro), saya menerima ratusan WhatsApp dan panggilan daripada wanita untuk berkenalan.

” Harap-harap dalam ratusan itu adalah seorang yang ‘sangkut’ sebagai isteri saya,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*