‘Bayaran Berlakon Saya Simpan Untuk Rumah Itu’ – Luahan Ebby Yus Selepas Tengok Rumah Dah Hanyut

” Tetapi tidak mengapalah, saya reda dengan ketentuan Allah SWT…”

Demikian luahan pelakon dan pelawak Ebby Yus reda dengan ketentuan Allah apabila rumahnya musnah dihanyutkan air deras dalam benc4na bnjir di Kuala Langat, Selangor, Sabtu lalu.

Ebby berkata, rumah tersebut yang sedang dalam pembinaan dan hampir siap.

” Rumah itu tinggal 10 peratus lagi nak siap termasuk proses memasang wall paper dan touch-up sikit-sikit.

” Rumah itu dibina menggunakan separuh batu dan separuh kayu. Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam dunia seni..” luah Ebby Yus

DaIam pada itu, Ebby sempat berkongsi mengenai ‘kenangannya’ bersama rumah yang dibina di tanah seluas setengah ekar itu.

” Rumah itu ‘naik’ sikit-sikit sebab pndemik C0VlD-I9 dan saya s4kit. Bertukar kontraktor pun ada juga kerana masalah tidak terduga… jadi lambatlah sikit siapnya.

Setiap kali dapat bayaran berlakon saya simpan untuk rumah itu

” Kalau nak cerita tentang kenangan, setiap kali dapat bayaran berlakon saya simpan untuk rumah itu.

” Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK), saya selesaikan baki bayaran projek pembinaan rumah itu,” katanya.

Ebby berkata, dia dan pembantu peribadi sempat melihat kerja-kerja pembinaan rumah terbabit satu jam sebelum kawasan penempatan tersebut dilanda bnjir.

” Saya pergi lihat rumah dan keluar kira-kira satu jam sebelum benc4na alam itu berlaku.

” Alhamdulillah, saya selamat dan baik-baik sahaja. Sekarang ini saya di rumah sewa di Kampung Baru. Terima kasih kepada yang bertanya dan mengambil berat,” katanya.

Bencana alam itu mengakibatkan Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000.

Sempat selesaikan misi bantuan

Biarpun mendapat tahu rumah sudah rebah dan dihanyutkan air, Ebby Yus sempat menyelesaikan misi membantu mngsa bnjir di Meru dan Bukit Kapar, Klang, sebelum bergegas pulang ke Kampung Paya Lebar, Hulu Langat, malam kelmarin.

Ebby berkata, beberapa jam sebelum kjdian, dia berada di Kapar, Klang bagi menyertai misi mengagihkan bantuan kepada mngsa bnjir.

” Ketika sampai di lokasi serahan bantuan, saya dapat panggilan daripada pekerja binaan yang memaklumkan rumah sudah dimasuki air akibat hujan lebat.

” Namun, mendengar berita itu, saya beritahu kepada pekerja terbabit bahawa saya akan pulang esok dan melihat sendiri keadaan rumah.

” Lalu saya teruskan kerja membungkus makanan untuk diagihkan kepada mngsa bnjir.

” Kemudian saya dapat satu lagi panggilan yang menyatakan rumah saya sudah senget. Saya terus hubungi polis berdekatan rumah saya itu untuk memantau keadaan,” katanya kepada BH Online.

Semalam, BH Online melaporkan, mahligai impian dibina Ebby hasil titik peluh lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, musn4h sekelip mata apabila dihanyutkan air deras dalam bencana bnjir di Hulu Langat, Selangor, kelmarin.

Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dilaporkan dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000.

Ebby berkata, dia mendapat panggilan terakhir tidak lama kemudian yang memaklumkan rumahnya sudah tumbang dan dihanyutkan arus air deras.

” Mendengarkan kjdian itu, saya teruskan misi bantuan hingga selesai sebelum bergegas pulang ke Hulu Langat,” katanya.

Ebby berkata, dia bersama pembantu peribadi sempat melihat kerja-kerja akhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses memasang kertas hiasan dinding, tengah hari kelmarin.

” Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kjdian bnjir sebelum Isyak,” katanya.

Ebby yang dilahirkan di Negeri Sembilan, menyewa di Kampung Baru dekat sini sejak 20 tahun lalu.

Ebby memulakan kerjayanya dalam industri seni pada 1983, setelah ia berjaya menyertai satu uji bakat Asas Tarian di Kompleks Budaya Negara.

Beliau turut mengusahakan Adam Lai Restoran bersama tiga rakan kongsinya, Muhammad Adam Lai Abdullah, Faizal Abdul Jabar dan Mohd Helmy Harun.

Sumber:astr0awani dan bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*