Rupanya Rakaman Ini Yang Jadi Punca Kenapa TMJ Naik Angin Sampai Cakap ‘Dia Hlsap G4nja Ke?’

” Lebah tidak membuang masa memberi keterangan kepada lalat iaitu madu lebih lazat daripada najls!”

Demikian kata-kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menolak dkwaan penyerang import Selangor FC, Ifedayo Olusegun yang pernah menyatakan skuad Merah Kuning satu-satunya pasukan paling gemilang di negara ini.

Menurut Tunku Ismail, berdasarkan deretan kejayaan yang dilakar skuad Harimau Selatan terutamanya dalam era bola sepak moden kini, tidak mungkin Red Giants dianggap terbaik.

MaIah, beliau mengandaikan Ifedayo yang juga pemenang kasut emas musim lalu itu ‘berkhayal’ tanpa melihat kepada fakta semasa.

” Mungkin dalam segi sejarah, Selangor lebih besar daripada JDT tetapi berdasarkan kedudukan semasa, JDT adalah pasukan terbesar dalam negara ini.

JDT ada empat stadium, Selangor ada berapa?

” Saya bagi contoh, berapa pusat latihan yang Selangor ada? JDT ada empat. Berapa stadium Selangor ada? JDT ada empat.

” Sekarang pernah atau tidak Selangor pada zaman kegemilangannya, menang Liga Super lebih daripada dua kali? JDT hatrik bukan sekali tetapi dua kali. JDT juga pernah menang liga sebanyak dua kali tanpa tewas.

” Rekod 75 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri dan hari ini, belum tewas dalam 33 perlawanan di laman lawan.

” Selangor pernah menang pertandingan antarabangsa? JDT menang Piala AFC,” katanya dalam temubual di Instagram malam tadi.

Katanya lagi, JDT adalah pasukan pertama dari Malaysia yang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

” Selangor pernah main di ACL? JDT sudah main tiga kali. Bukan cerita zaman dulu masa belum ACL tetapi kedudukan sekarang pada senario bola sepak moden.

” Apa yang saya cakapkan ini adalah fakta dan bukan saya bercakap daripada hati.

” Saya rasa saya lebih tahu kelab mana lebih besar dalam negara ini. Bagaimana dengan apa yang JDT sudah kecapi dan dengan pencapaian ini, Selangor adalah pasukan lebih besar daripada JDT?

” Pada pandangan saya, tidak logik. Saya tak tahu apa dia (Ifedayo) hlsap, dia hlsap g4nja ke?” katanya.

Ifedayo tampil dalam vdeo

Terdahulu, Ifedayo tampil dalam satu temubual yang disiarkan di laman Youtube Stadium Astr0 yang membicarakan isu berkaitn bola sepak tempatan.

Ketika itu, Ifedayo ditanya apakakah pasukan (terbaik) yang bermain di fikiran beliau sebaik beliau mula menjejakkan kaki ke Malaysia.

” Ya saya mohon maaf kepada kelab-kelab, tetapi satu-satunya kelab yang saya nampak adalah Selangor..

” Satu-satunya kelab yang memenangi pelbagai trofi, jadi saya berpendapat Selangor adalah pasukan terbesar di Malaysia.

” Ada satu perbezaan perasaan di mana kita tahu pasukan apa yang terbaik buat masa sekarang dan beberapa tahun sebelum ini.

” Sebelum saya datang, saya ada peluang untuk mewakili Kelantan namun perbincangan tidak berjaya. Ketika itu saya bermain untuk Felda United dan saya membuat carian berkenaan liga di Malaysia dan mendapat pasukan Selangor paling popular.

” Meskipun saya pernah mewakili Felda, namun apabila bermain dengan Selangor, perasaan berbeza memandangkan ia adalah pasukan terbesar di Malaysia,” kata Ifedayo.

Sumber:hmetro dan youtube stadium astr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*