‘Shidee Pula Nak Disimpan, Atas Dasar Apa? Kalau Dah Sah-Sah Pancit Nak Selamatkan Lagi Ke’ – Vida

” Saya rasa ada msaIah GV minggu ini penting untuk ke separuh akhir… Sa.Ya persembahan ada X-Factor malam ni, Shidee pula nak disimpan, nak selamatkan..”

Itu kata-kata usahawan ksmetik, Datuk Seri Vida yang meluahkan rasa kurang senang susulan penyingkiran kumpulan Sa.Ya di konsert suku akhir program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada malam Ahad.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, berkata, Sa.Ya yang dianggotai oleh Yassin dan Saiful Apek telah memberikan persembahan terbaik dan tidak sepatutnya disingkirkan.

Malah menurutnya, ada peserta lain yang lebih teruk dan tidak layak untuk meneruskan perjuangan ke minggu hadapan.

” Nampak sangat pilih buIu, buIu pahat tak keluar suara tapi disimpan? Atas dasar apa? Legend? Kalau dah sah-sah ‘pancit’ (truk) nak selamatkan lagi… yang bagus disingkirkan,” katanya.

Vida berkongsi pandangannya itu menerusi ruangan komen akaun Instagram mStarOnline Official pada Isnin.

Pada malam Ahad, Sa.Ya tersingkir di pentas GV8 selepas menerima markah terendah iaitu sebanyak 58.20 peratus.

Sa.Ya terpaksa akur dengan keputusan juri selepas nyanyiannya menerusi lagu Blus Terengganu tidak berjaya menambat hati juri.

Sementara itu, Vida melihat kumpulan Sa.Ya antara perserta yang konsisten memperbaiki persembahan mereka setiap minggu.

Vida bagaimanapun tidak menolak penyingkiran Sa.Ya merupakan percaturan pihak tertentu memandangkan dia pernah menjadi penaja musim terdahulu.

” Yang bagus disingkirkan, adakah sebab mereka pelawak, menjadi filler (pengisi) je dalam GV8 tiba-tiba jadi lain jadi.

” Mereka berusaha baiki kelemahan mereka akhirnya hasilkan persembahan hebat setiap minggu… saya tahulah mainan ini, saya mantan penaja GV,” ujarnya.

Respon Shidee

Dalam pada itu, Shidee berkata beliau tidak terasa hati dengan komen ngatif usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Sebagai penyanyi berpengalaman, Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab, 63, menganggap komen berkenaan hanyalah pendapat peribadi seseorang.

” Itu pendapat dari hati dia. Saya tidak mrah dan tidak ada sebarang msaIah.

” Saya terima dengan hati terbuka kerana saya sendiri tidak tahu kedudukan saya selepas ini. Mungkin saya akan tersingkir pada peringkat separuh akhir,” ujarnya kepada mStar.

Pada peringkat suku akhir GV8 yang berlangsung pada malam Ahad menyaksikan kumpulan Sa. Ya yang dianggotai Saiful dan Yassin tersingkir.

Manakala Shidee pula di kedudukan kedua tercorot.

Pada malam Ahad, Vida mempersoalkan kenapa kumpulan Sa. Ya disingkirkan sedangkan Shidee memberi persembahan yang lebih truk pada malam Ahad.

Sementara itu, Shidee juga memberitahu dia tidak pernah ambil pusing jika ada yang memberi kritikan dan komen negatif kepada dirinya melalui media sosial.

Bagi penyanyi lagu Semuanya Sudah Terlambat ini, setiap orang mempunyai pendapat sendiri, namun hanya Tuhan yang menentukan jalan hidup seseorang.

” Saya tak bimbang sedikit pun dengan krit1kan ntizen. Hent4mlah saya. Apa yang boleh saya buat hanyalah tersenyum sahaja.

” Allah lebih tahu apa yang terjadi kepada diri kita nanti. Itu adalah pegangan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shidee memberitahu dia bukanlah seorang yang aktif di media sosial.

Katanya, dia lebih senang untuk memberi fokus kepada kehidupan harian seperti bersama keluarga, memenuhi undangan nyanyian dan aktiviti surau.

” Sekarang ini apa yang saya tahu, saya hanya perlu menyanyi sahaja. Tak pernah fikir pun nak jadi popular kembali seperti dahulu.

” Saya lebih senang dengan apa yang telah saya buat selama ini. Membuat persembahan di sebuah restoran, bersama keluarga dan mengikuti aktiviti di surau,” jelasnya.

Terdahulu suku akhir menyaksikan Suki Low yang membawa lagu Korea berjudul You Are My Everything berada di kedudukan pertama dengan markah 78.9 peratus diikuti oleh Aliff Aziz (76.8) dan Aweera (73.0) di tempat ketiga.

Peserta lain yang turut mara ke separuh akhir adalah Nikki Palikat, Adibah Noor, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*