Punca Sebenar Kenapa P. Ramlee Butakan Mata Watak Kassim Selamat Dalam Filem Ibu Mertuaku

Seniman Agung, Allahyrham Tan Sri P. Ramlee terus dikenang kerana sumbangan besar pada industri seni nusantara meskipun sudah 48 tahun sejak pemrgian beliau.

Samaada filem mahupun muzik, jasa P. Ramlee memang tidak perlu dipersoalkan. Malah, karyanya terus bersifat malar segar sehingga merentasi pelbagai generasi.

Bagi peminat filem Melayu, sudah tentu tahu kisah Kassim Selamat dalam filem popularnya, Ibu Mertuaku antara paling kerap diperkatakan kerana berjaya mengusik emosi penonton.

Menerusi filem Ibu Mertuaku kita semua telah disajikan dengan sebuah naskah berat karya dari Allahyrham Tan Sri P.Ramlee.

Cerita asal dari Allahyrham Ahmad Nisfu ini telah berjaya menjentik emosi peminat filem Melayu dari dahulu sehingga kini.

Kerana filem Ibu Mertuaku juga P.Ramlee telah diiktiraf sebagai Bakat Serba Boleh (Most Versatile Telent) di Festival Filem Asia Pasifik ke-10 yang berlangsung di Tokyo pada tahun 1963.

Anugerah Bakat Serba Boleh ini hanya dimiliki oleh P.Ramlee sahaja di dalam dunia.

Ketegori ini tidak pernah lagi dipertandingkan di mana-mana anugerah filem dalam dunia selepas P.Ramlee menerimanya sehingga sekarang.

Mengapa P.Ramlee “butakan” watak Kassim Selamat

Namun tahukah anda semua tahu mengapa P.Ramlee “membutakan” watak Kassim Selamat di dalam filem ini?

Untuk pengetahun semua, watak Kassim Selamat yang buta matanya disebabkan mnangis setiap hari kerana meratapi pemergian isterinya Sabariah (lakonan Sarimah) dalam filem ini adalah merujuk kepada kisah benar yang berlaku kepada ayahanda P.Ramlee sendiri iaitu Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim.

Selepas P.Ramlee meninggalkan Pulau Pinang dan pergi ke Singapura pada tahun 1948, Teuku Nyak Puteh dikatakan sering kali berduka dan mnangis kerana merindukan anak tunggalnya itu.

Walaupun pada peringkat awal beliau merestui kepergian P.Ramlee dalam mengejar cita-citanya, tetapi jiwanya merintih sepi dipeluk rindu yang mendalam.

Oleh kerana beliau seringkali mnangis dan berdu.ka, perkara ini telah mengak1batkan mata beliau menjadi buta.

Dalam satu kjdian lain, Teuku Nyak Puteh pernah meminta rakan-rakannya membawa beliau ke panggung wayang untuk menonton filem lakonan P.Ramlee.

Walaupun beliau tidak dapat menonton filem berkenaan kerana matanya buta, dapat mendengar suara anaknya itu sudah cukup bagi melepaskan rindunya terhadap P.Ramlee.

Sejak P.Ramlee menjejakkan kaki ke Singapura beliau tidak berpeluang untuk pulang ke Pulau Pinang atas sebab kekangan jadual kerja yang padat.

Pada masa yang sama P.Ramlee sedang berada di puncak kemasyhuran bermula dari tahun 1950. P.Ramlee hanya sempat mengirim wang dan surat kepada kedua ibu bapanya melalui abang tirinya Syeikh Ali.

Selepas 5 tahun mengejar cita-cita di rantau orang, P.Ramlee akhirnya pulang ke Pulau Pinang menemui keluarganya pada tahun 1953.

P.Ramlee tidak menyangka dan turut berduka dengan nasib yang men1mpa ayahandanya itu.

Tetapi Teuku Nyak Puteh tetap memberi semangat kepada anaknya itu supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-citanya dalam industri seni.

Teuku Nyak Puteh telah meninggI dnia pada tahun 1955 ketika berusia 53 tahun.

Begitulah pendekatan seorang seniman agung dunia Melayu dalam berkarya. P.Ramlee sentiasa melihat keadaan yang berlaku disekelilingnya.

Malah beliau gemarĀ  mentauladani pengalaman yang pernah beliau lalui untuk menyatakan dan menterjemahkan seninya kepada masyarakat.

P.Ramlee menjadikan filem sebagai wadah dalam menyampaikan makna, menentukan agenda, menyebar propaganda, menabur benci, membakar semangat, membaja kasih sayang dan membenih rasa cinta.

Al-Fatihah buat Allahyrham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.

Kisah bagaimana bermula panggilan “Ramlee”

P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1929, iaitu selepas khutbah selesai pada pagi Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang.

Beliau adalah anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902 – 1955) dan Che Mah Hussein (1904 – 1967).

Sebelum Che Mah melahirkannya, Che Mah telah mengadu skit prut pada sebelah paginya. Tetapi, bapanya harus menunaikan sembahyang raya.

Mujurlah ibu Che Mah tinggal bersama-sama dengannya. Ibu Che Mah telah memanggil bidan dan orang ramai mula berkumpul di rumah mereka.

Selepas pulang daripada menunaikan solat, Teuku Nyak Puteh mendapati anaknya telah selamat dilahirkan.

Ibu Che Mah telah memanggil cucunya dengan panggilan “Ramlee” kerana kesukaran memanggil nama “Teuku Zakaria”.

P. Ramlee telah kembali ke RahmatuIIah pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat skit jntung semasa mahu tiba di Hspital Kuala Lumpur dan jnzahnya dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 6 Jun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P Ramlee pada tahun 1986.

Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.

Di Kuching juga ada sebatang jalan yg dinamakan Jalan P. Ramlee. Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran “doktor”.

Sumber:fb page KELAB PEMINAT P. RAMLEE & SALOMA NEGERI PERLIS (KPPRS) dan wikipedia

Kredit dan sumber gambar: Repair Gambar Lama

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*