‘Kami Berkongsi Makan Maggi’ – Awie Buka Cerita, Hanya Dibayar RM3O Dan Kena Kongsi Pulak Tu

” Bilapun Engkau Menjlema Di Sini Aku Berdiri. Ku Menanti.. Walau Hilang Cerita Mu. Di Hati Tetap Abadi Sentuhan Mu..”

Cuba anda teka ini lirik lagu apa? Kalau anda tak tahu memang anda bukan ‘die hard fans’ Wings.

Perjuangan kumpulan rock lagenda yang cukup popular di zaman kegemilangannya, Wings kini sudah menjangkau usia 37 tahun menghiburkan peminatnya. Sehingga kini lagu-lagu mereka terus diminati.

Namun disebalik kejayaan mereka rupanya tersimpan seribu satu duka yang terpaksa dilalui. Teringat pula filem Rock arahan Allahyrham Mamat Khalid, memang susah rockers masa itu.

Berkongsi sejarah dan kisah suka duka, Awie menerusi satu artikel pada 2015 menceritakan perjalanan mereka sempena 30 tahun Wings ditubuhkan.

Pernah tinggal bawah kolong, kongsi makan maggi

Menurut Awie di awal pembabitan mereka, pelbagai onak duri terpaksa dilalui antaranya pernah dihalau dari rumah sewa dan tinggal di bawah kolong.

” Paling sedih, makan maggi pun kena kongsi ramai-ramai.

” Perjalanan kami dulu tidak selancar sekarang. Kami jadi tumpuan sehinggakan setiap perkara yang dibuat nampak j4hat.

” Buat baik pun dipandang j4hat, kalau buat j4hat lagilah. Orang tak nampak kehidupan kami yang pernah tinggal di bawah kolong, pernah dihalau dari rumah sewa dan banyak lagi onak duri yang terpaksa ditempuh.

” Kami berkongsi makan maggi. Pernah makan nasi dengan sambal tanpa ikan. Kalau ada sardin itu sudah cukup bagus.

” Ketika main muzik di kelab, kami hanya dibayar RM30 dan kena kongsi. Kalau dibukukan memang banyak dan tak terkira tebalnya..” kongsi Awie.

Mandi di stesen minyak, tukar baju dalam kereta

Ibarat kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Menurut salah seorang anggota kumpulan Wings iaitu Joe (kini tidak lagi bersama Wings), mereka bermain musik hanya untuk mengisi perut hari ini, esoknya fikir kemudian.

” Saya main muzik untuk mengisi perut hari ini. Untuk makan esoknya, saya fikir kemudian. Kami main muzik di kelab dan ada ketikanya kami menggantikan tempat orang lain.

” Ketika itu, kami mandi di stesen minyak dan tukar baju dalam kereta. Bahkan kami pernah terserempak gajah di tengah jalan di Gerik..” luah Joe.

Tambah Eddie dan Black pula, semangat kekeluargaan yang kuat dalam kalangan ahli kumpulan Wings ini membuatkan mereka mampu bertahan sehingga hari ini.

” Pernah sekali lepas main di kelab kami lapar. Kami ketuk pintu rumah arwh mak saya dan beritahu kami lapar. Tanpa banyak soal, mak masakkan nasi untuk kami makan.

” Semangat kekeluargaan kami sangat kuat, mengatasi d4rah daging sendiri. Sebab itu saya sayangkan mereka. Kami faham perangai masing-masing.

” Keluarga kami tak pernah mengeluh dengan apa yang kami buat. Kami mampu bertahan selama 30 tahun kerana restu keluarga.

Sejarah penubuhan kumpulan Wings

Sejarah penubuhan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Seri Ampang Kuala Lumpur.

Di situ lima orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah.

Lima remaja muda ini ialah Awie, Syam, Baharom, Zul dan Jojet telah bersepakat untuk membentuk sebuah kumpulan kugiran yang di beri nama kumpulan Wings.

Ilham penggunaan nama Wings sebagai nama kumpulan itu dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegur otot dan lengannya kelihatan seperti ‘Sayap atau Kepak’ (Dalam terjemah Bahasa Inggeris ‘Wing’).

Maka dengan itu lahirnya kumpulan Wings. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Baharom dan Zul membawa haluannya yang tersendiri, manakala Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah syarikat label ASP dan nama Wings digunakan sebagai nama kumpulan ini.

Wings bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama yang dikeluarkan pada tahun 1987 dengan bantuan dua anggota gantian iaitu Eddie (Anggota baharu) menggantikan tempat Zul manakala Black (Bekas pemain dram kumpulan Babylon) pula menggantikan tempat Jojet selain Awie dan Syam adalah selaku anggota asal.

Wings tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupun ini adalah album pertama dengan komposer dan penulis lirik terkenal seperti M. Nasir, J. S Kevin, Bob Lokman.

Lagu seperti ‘Belenggu Irama’, ‘Intan Ku Kesepian’, ‘Biarkan Berlalu’, ‘Inspirasi Taming Sari dan ‘Peronda Jaket Biru’ adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia.

Pada tahun 1988, pengunduran dan pertukaran anggota Wings berlaku apabila Sham adalah selaku pemain gitar utama telah menarik diri untuk menyertai kumpulan CRK.

Tempat itu di ambil alih oleh Joe, seorang pemain gitar utama tangan kiri berusia belasan tahun yang juga merupakan bekas pemain gitar utama kumpulan Scandals.

Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar utama.

Joe membuktikan bakatnya yang sedia ada di dalam dirinya sebagai pemain gitar utama menerusi album kedua Wings berjudul Hukum Karma yang dikeluarkan pada tahun 1988.

Pengurus Wings adalah Bob Lokman dari tahun 1985 hingga 1989. Kemudian ia di ambil alih pula oleh Ali Bakar sebagai pengurus Wings.

Album Teori Domino muncul pada tahun 1990. Lagu Sejati sekaligus membawa Wings menjadi kumpulan rock paling popular.

Dalam ketika itu Wings secara tiba-tiba di landa dugaan apabila Black mengambil keputusan untuk keluar dari Wings. Tempat Black digantikan oleh anggota asal WIngs iaitu Jojet (Bekas pemain dram kumpulan Gersang).

M. Nasir pernah menulis bahawa Wings adalah kumpulan rock nombor satu paling popular di tanahair dan artis berkumpulan yang paling sukar untuk ditandingi oleh mana-mana artis berkumpulan tanahair temasuk Search, tetapi Search menepis dakwaan M. Nasir itu.

Search tetap memberi persaingan sengit untuk menentukan kedudukannya sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair.

Di tambah lagi Wings menguasai pentas dan jualan tiket konsert di serata tanahair berbanding kumpulan-kumpulan rock yang lain termasuk Search.

Pada tahun 1993, penarikan diri Awie dari Wings setelah berjaya meraih popularitinya dikemuncak adalah berita paling menggemparkan buat peminat rock tanahair.

Namun pada 2000, Awie telah membuat ‘comeback’ apabila kembali menyertai Wings, berita yang paling dinanti-nantikan peminat mereka.

Gambar: barisan terkini kumpulan Wings, dari kiri Edrie (gitar), Eddie (bass), Awie (vokalis), Black (dram) dan Syam (gitar).

Pada 2017, Joe mengejutkan peminat setia mereka apabila mengumumkan keluar dari kumpulan Wings. Tidak lama selepas itu Joe membentuk kumpulan baru diberi nama Prime Domestic yang turut dianggotai Hillary.

Sementara pada tahun 2018 Syam dan Edrie sah menyertai kumpulan Wings yang menjadikan 5 orang anggota.

Syam dan para peminat tidak menjangka bahawa Syam yang merupakan anggota asal kumpulan Wings telah kembali ke kepangkuan Wings sejak tahun 2017 selepas 29 tahun beliau meninggalkan Wings pada tahun 1988.

Kini, Wings dengan ‘line up’ baru Awie (vokalis), Syam (gitar), Edrie (Gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) masih bertahan menghiburkan peminat mereka di kala usia masing-masing sudah mencecah 50an.

Sumber:obulan, wikipedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*