Puteri Sarah Muatnaik Gambar Yusof Haslam Bersalam Dengan Besan. Sekali Ini Komen Ibu Syamsul

Perkongsian foto pelakon Puteri Sarah Liyana menyambut ulang tahun keempat kelahiran anak keduanya iaitu Sumayyah pada Ahad lalu mencuri perhatian pengikut.

Turut kelihatan dalam perkongsian itu ialah ibu bapa Puteri Sarah dan juga kedua mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail serta keluarga terdekat.

Namun apa yang mencuri perhatian netizen ialah ketiadaan pengarah Syamsul Yusof dalam majlis berkenaan.

Dalam perkongsian lain, Puteri Sarah turut meluahkan rasa syukur apabila hubungan keluarganya dengan bapa mentua masih lagi erat walaupun berdepan kemelut rumah tangga yang belum berkesudahan.

Malah dalam satu foto, Yusof Haslam dan bapa Puteri Sarah iaitu Megat Kamaruddin dilihat berpegang tangan menunjukkan hubungan mereka masih lagi rapat.

“Dua figura yang sangat saya hormati dan segani. Dua figura yang sentiasa jaga sarah dan sayang Sarah.

“Besan’s for life, moga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat tidak kira apa pun yang terjadi pada masa hadapan.

“Terima kasih kerana menghormati keputusan Sarah,” tulisnya.

Ini komen Datin Patimah

Sementara itu, Datin Patimah juga meletakkan harapan agar hubungan kekeluargaan mereka terus erat walau apa jua berlaku selepas ini.

“Ya Allah semoga silaturahim ini sehingga akhir hayat. Amin, amin, amin. Happy birthday Puteri Summayah,” tulisnya.

Pada 21 Mac lalu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Sehari selepas itu, Puteri Sarah pula hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah atau tuntutan hak penjagaan terhadap dua anaknya.

Pasangan ini sama-sama hadir pada sidang JKP di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) pada 24 Mac bagi proses JPK bersama wakil masing-masing.

Bagaimanapun, JPK itu gagal mencapai sebarang keputusan apabila Puteri Sarah bertegas untuk meneruskan penceraian.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 4 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar yang berlangsung di Thailand.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*