” Komunikasi menerusi pembantu rumah, ibu mentua dan adik-adik kami? Mungkin itu cara baru untuk berhubung pada ketika ini.”
Itu kata-kata pelakon Puteri Sarah Liyana susulan kenyataan yang dibuat oleh suaminya, Syamsul Yusof menerusi video yang dimuat naik di Instagram kelmarin.
Menerusi video yang sama, Syamsul menegaskan biarpun dia menyekat Puteri Sarah namun tanggungjawab sebagai suami dan bapa tidak pernah diabaikan.
” Itu tidak perlu diungkit kerana sebagai suami dan ayah kepada anak-anak kami, itu adalah tanggungjawabnya. Malah, dia juga masih perlu memberikan nafkah.
” Jika ada sebarang komunikasi itu antara ibu saya dan juga dia. Seperti yang dia (Syamsul) tegaskan itu, komunikasi kami adalah melalui ibu saya dan juga dia.
” Dia juga sudah berhenti menyekat saya di Whatsapp selepas video yang dimuat naik olehnya. Namun, jika ada komunikasi selepas ini, mungkin melalui peguam,” katanya.
Puteri Sarah masih berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Walaupun Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai dengannya, namun Puteri Sarah menganggap mahligai perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah.
Terdahulu, dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.
Syamsul juga memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Maid larikan diri
Dalam pada itu, Puteri Sarah mendedahkan yang dia kini sedang mencari pembantu rumah yang baharu kerana pembantu rumah sedia ada telah melarikan diri.
Menerusi kemas kini di Instagram Story, Puteri Sarah berkata, buat masa ini, dia tidak mempunyai pembantu rumah dan secara tidak langsung menyukarkannya untuk keluar pergi bekerja.
” Saya mencari pembantu rumah asal Filipina sebab pembantu saya lari. Dah lama tinggal satu pembantu sahaja. Sekarang tiada pembantu langsung.
” Ada sesiapa mempunyai contact untuk pembantu Filipina? Saya shooting dengan tiada orang jaga anak-anak lagi. Puteri Sarah ada dua pembantu?” tulisnya.
Respon Sarah itu juga berkait dengan penjelasan Syamsul tempoh hari yang mengatakan dia telah menyediakan 2 orang pembantu rumah seperti yang Sarah minta.
Tidak berapa lama kemudian, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu memuat naik satu lagi status, mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang sudi berkongsi nombor agensi untuk dihubungi bagi mendapatkan pembantu rumah.
” Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tolong kongsi nombor ejen bagi pembantu rumah. Saya dah hubungi beberapa. Memang tiada siapa nak tengokkan anak-anak sekarang.
” Saya pula shooting. Kesian dekat mak saya yang nak kena jaga anak-anak. Kadang-kadang bergilir dengan mak mentua saya tolong jagakan.
” Rasa bersalah, memang susah nak dapat pembantu baharu sekarang,” akhirnya.
Sumber:hemtro
Leave a Reply