Puteri Sarah Liyana menantu kesayangan saya’ – Yusof Haslam

Kuala Lumpur: “Saya nak menjaga hati semua pihak terutama besan-besan, hati menantu kesayangan saya (Puteri Sarah Liyana) dan hati isteri,” kata penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam ketika ditanya sama ada dia merestui perkahwinan kedua anaknya yang juga pengarah, Syamsul dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Yusof ketika dihubungi berkata, dia hanya mengetahui berita itu selepas menonton hantaran video dimuat naik anaknya itu.“Saya dapat tahu pun mengejvt. Dia pun dah kahwin, sebelum ni khabar angin saja. Sebagai ayah apa boleh dikatakan adalah yang berlaku sudah berlaku. Jadi saya sebagai orang tua hanya mendoakan yang terbaik.

“Apa saja keputusan yang dah dibuat itu hak dia. Dia sudah dewasa untuk menentukan jalan yang dipilih“Hidup ini banyak persimpangan. Persimpangan ini kita kena pastikan pilih yang terbaik. Sebagai ayah juga, saya harap dia pilih jalan yang diredai Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Yusof, dia berharap anaknya menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua anak.“Saya harap dia menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Saya harapkan sebagai ayah dia menjadi lelaki yang baik.“Saya harap dia menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil. Kalau jodohnya masih kekal dengan Puteri Sarah, berlaku adil pada isteri dan jalankan tanggungjawab dengan berhemah,” katanya.

Dalam masa sama, Yusof kesal dengan tindakan Syamsul yang menyembunyikan hubungan sulitnya terlalu lama serta tidak berterus terang daripada awal dengan Puteri Sarah.“Saya kes4l kenapa dia perlu simpan rahsia ini terlalu lama sampai empat tahun? Kenapa tidak berterus terang daripada awal kepada isterinya?“Bukankah dia sudah menyeksa hati dan perasaan Sarah serta melukakan hati banyak orang. Kalau dia berterus terang lebih awal, masalah dapat diselesaikan dengan cepat,” katanya.

Biodata Pelakon Puteri Sarah Liyana, Isteri Syamsul Yusof

Beliau telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, pasangan ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan dengan mas kahwin berjumlah RM1,111. Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.[3]

Pada 19 April 2017, Puteri Sarah selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 6.30 pagi Rabu. Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, dekat sini. Berita gembira ini disampaikan oleh suami beliau menerusi laman sosial dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam.[4] Pada 16 Mac 2019, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung yang bernama Sumayyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*