Ayat Berapi Datin Patimah Apabila Tiba-Tiba Masuk Komen, ‘Besan Kami Bukan Dia!’

Sejak hari pertama pengarah Syamsul Yusof mendedahkan dirinya sudah pun berkahwin dengan Ira Kazar, ibunya iaitu Datin Patimah Ismail berterusan menulis komen tidak merestui hubungan itu.

Terbaharu, komen Patimah sekali lagi menjadi perhatian apabila menegaskan dia dan suami iaitu Datuk Yusof Haslam tidak berbesankan Kazar Saisi.

” Besan kami En. Megat Kamaruddin bukan dia,” katanya menerusi ruangan komen di Instagram mStar.

Patimah meninggalkan komen itu merujuk kepada artikel mengenai Yusof yang enggan bertemu dengan pelakon Kazar bagi membincangkan mengenai perkahwinan anak mereka.

Sehubungan itu, rata-rata netizen menyokong tindakan Patimah sekali gus kagum dengan cara wanita itu membela nasib menantunya iaitu Puteri Sarah.

” Terbaik Datin! Untung Puteri Sarah dapat mentua sebaik datin. Saya harap datin terus kuat.

” Semoga datin dan Puteri Sarah diberi kekuatan. Harap sangat datin terus menyokong dia.

” Dari sini kita nampak Puteri Sarah sangat disayangi. Dia mesti seorang menantu yang baik dan menghormati. Mak Syamsul sendiri pun tak sokong anak dia,” antara komen netizen.

Menurut laporan mStar pada Ahad, Yusof berkata tiada sebarang keperluan untuk dia menghubungi atau berjumpa dengan Kazar.

” Saya tiada langsung telefon dia (Kazar) atau dia hubungi saya. Tak ada fasal saya nak cari dia.

” Itu masalah mereka, saya tak masuk campur,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Dalam pada itu, Yusof turut enggan mengulas mengenai kenyataan isterinya, Datin Patimah Ismail yang membuat kenyataan tidak akan memaafkan Kazar yang didakwa membantu Ira berkahwin dengan Syamsul di Thailand.

Kata Yusof, dia menganggap kenyataan dibuat isteri sebagai hak peribadi dan enggan masuk campur.

” Maaf, mengenai perkara itu saya tak mahu ikut campur kerana itu hak dia,” ujarnya.

Sementara itu, Yusof memberitahu dia sudah tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang masih tiada penyelesaian dan berharap anaknya itu dapat selesaikan sendiri.

” Saya sudah letih untuk memberikan komen. Ramai yang bertanyakan saya tentang ini. Cukuplah dengan apa yang saya telah kongsikan sebelum ini.

” Bagi saya, Syamsul sebagai lelaki biarlah dia buat urusan hidup dia sendiri. Saya tidak lagi mahu bercakap tentang soal ini,” katanya.

Terdahulu, Yusof meluahkan rasa kecewa apabila Syamsul tidak berbincang terlebih dahulu untuk berkahwin dengan Ira Kazar.

Bagaimanaupun, Yusof reda dengan keputusan dibuat Syamsul dan berharap agar anaknya itu tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan dua cahaya mata mereka iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*