‘Banyak Kali Awk Cakap Taknak Kt Pompuan Tu’ – Lagi Pengakuan Puteri Sarah, Kali Ni Lebih Mngejutkan

” Macam mana nak bincang, dia dah ‘block’ (sekat) nombor telefon saya sejak setahun lalu,”

Itu pendedahan pelakon, Puteri Sarah Liyana mengenai permintaan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk berbincang dengannya selepas dia membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Ira Kazar, semalam.

Menurut Puteri Sarah menerusi video yang dimuat naik di Instagram semalam berkata, dia pelik kenapa selama empat tahun masalah mereka itu, Syamsul tidak bercakap apa-apa, apatah lagi untuk berbincang.

” Saya pelik baru beberapa hari lepas tidak mengaku berkahwin dan mendakwanya sebagai fitnah sehingga ingin menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

” Soalan pertama saya kepada Mohd Syamsul, awak kata baliklah berbincang. Saya hairan isu awak dan Ira sudah empat tahun berlaku.

” Malah, saya beri awak peluang selama empat tahun untuk bercakap, bukan empat hari atau empat bulan, tetapi awak tidak cakap apapun.

” Banyak kali saya tanya, adakah awak ingin berkahwin dengan dia? Tetapi, awak cakap tak nak. Bukan kepada saya, malah kepada ibu bapa dan sepupu pun awak cakap benda yang sama.

” Kenapa saya suruh awak berkahwin, sebab saya tidak mahu bersubahat dengan maks1at yang awak buat,” kata Sarah lagi.

Puteri Sarah berkata, dia menyuruh mereka berkahwin kerana tidak mahu bersubahat dengan maks1at yang dilakukan.

” Awak patut berbincang dengan ibu bapa saya walaupun awak tak mahu jumpa saya. Ini kerana saya masih ada ibu bapa dan begitu juga awak.

” Bila mereka tanya, banyak kali awak menafikan dan kata tak mahu perempuan itu,” katanya.

Puteri Sarah turut menyifatkan tindakan Syamsul itu sebagai lelaki pengecut kerana selepas berkahwin baru membuat pengakuan di media sosial, malah menyalahkannya pula.

Puteri Sarah turut menjelaskan dia perlu tinggal dengan keluarganya dan keluarga Syamsul kerana memerlukan orang untuk membantu menjaga dan membesarkan dua anak mereka, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

” Awak tiada, awak tinggalkan kami. Saya terkontang-kanting terpaksa menjaga Syaikhul dan Sumayyah. Saya terpaksa jawab soalan mana ayah mereka? Setiap masa saya tipu mereka kata ayah bekerja.

” Selepas ini kita selesaikan semua ini di mahkamah dan saya tak nak lagi bebankan diri untuk menjawab persoalan mereka” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga menganggap Syamsul penakut kerana memilih berkahwin di Thailand, bukan Malaysia.

” Syamsul lelaki pengecut, baru tampil membuat penjelasan dalam media sosial selepas berkahwin.

” Jika buat benda betul, kenapa nak bernikah di Thailand. Itu hanyalah tindakan lelaki pengecut.

” Selain itu, tolong hentikan guna nama Allah kerana itu hanya akan menampak awak seorang munafik,” katanya dalam video berkenaan.

Puteri Sarah berkata, mulanya dia juga berbelah-bahagi ingin membuat penjelasan menerusi video, namun terdapat beberapa kenyataan Syamsul bercanggah hingga memaksanya menjelaskan kemelut berlaku dalam rumah tangga.

Sumber:bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*