Pengakuan Terbaru DDNK Mngejutkan Ramai. Dia Juga Sempat Petik Kes SyamsulYusof Dan lsu PenyondoI

” Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda.

” Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu, kalau dulu jarang pergi kuliah agama sekarang sudah kerap.”

Itu kata-kata Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 48, selepas berkahwin dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 26, pada September tahun lalu.

Beliau yang mesra disapa DDNK dan popular menerusi tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ berkata, itu perkara pelik yang berlaku terhadap dirinya yang mana tidak pada perkahwinan pertama.

” Bukan saya mahu salahkan isteri pertama, cuma perjalanan hidup saya seperti itu. Saya belajar daripada perceraian yang berlaku.

” Saya rasa refleksi dan peluang kedua saya dalam kehidupan. Walaupun isteri kedua saya ini muda, tapi dia membantu saya menghampiri matlamat hidup iaitu berjaya di dunia dan akhirat.

” Alhamdulillah, hidup saya lebih tenang dan tidak banyak pening kepala dari segi kerja.

” Pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua, masing-masing ada kelebihan. Untuk isteri kedua yang lebih muda ini dia lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah.

” Mungkin rasa hormatnya ada di situ. Tapi, dia juga lebih nakal, kuat cemburu dan kuat merajuk.

” Kalau isteri yang dulu lebih berusia, dia lebih matang, terbuka, bersikap keibuan dan faham kehidupan. Tapi, itu adalah pilihan kita. Keduanya hebat dan perlu tahu apa matlamat hidup. Kita perlukan isteri yang boleh sokong matlamat kita,” katanya.

Bercakap isu Syamsul Yusof

Dalam masa sama, beliau tidak bersetuju dengan gelaran ‘penyondol’ diberikan terhadap wanita yang menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.

Ia susulan isterinya turut terkena tempias kontroversi perkahwinan kedua pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kaza baru-baru ini.

” Saya tak bersetuju ‘penyondol’ dalam istilah isteri kedua. Bagi saya ia tidak boleh berlaku sebelah tangan. Tidak boleh rempuh atau santau untuk terus berkahwin. Ia mesti bertepuk dua belah tangan.

” Bila sebut berkenaan cinta dan sayang, ia adalah perkara yang kita tiada daya untuk menahan. Bila sudah sayang, kita tidak boleh menipu perasaan. Bila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Bagi saya, tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin.

” Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik.

” Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik,” katanya.

Menurutnya, soal kahwin itu adalah jodoh dan ketentuan Allah SWT.

” Kita semua perlu faham ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Mungkin orang tidak boleh terima tapi itulah hakikatnya. Saya tidak setuju dengan istilah sondol menyondol ini,” katanya.

Sumber:hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*