Baru Tahu Punca Sebenar Kenapa Keluarga Puteri Sarah Langsung Tak ‘Berbunyi’, Tak Macam Mentua Dia

Puteri Sarah Liyana menegaskan ahli keluarga terutama ibu bapa kandungnya tidak lantang bersuara mengenai kemelut rumah tangganya kerana faktor kerjaya dalam bidang profesional.

Menyedari persoalan orang ramai tentang keberadaan ahli keluarga ketika dirinya bergelut mempertahankan rumah tangganya sebelum ini, Puteri Sarah berkata, doa tetap mendapat sokongan daripada keluarga sendiri biarpun tiada ‘bunyi’ seperti yang dilakukan pihak mentua.

” Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya.

” Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan,” katanya kepada Kosm0! Online ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini semalam.

Semalam, Puteri Sarah turut memperkenalkan dua adiknya iaitu Puteri Sofia dan Megat Imran yang hadir menemaninya kepada pihak media.

” Ini adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.

” Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.

” Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” kongsi pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana itu ketika hadir di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof.

Kemelut rumah tangga pasangan popular tersebut audah berlarutan sejak empat tahun lalu dan meledak apabila Syamsul mendedahkan sudah bernikah dengan isteri keduanya, Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari lalu.

Sekadar info, pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, serta Sumayyah kini berusia 3 tahun.

Sementara itu, Puteri Sarah berkata dia bukanlah seorang wanita yang bersikap antipoligami seperti dilabelkan ramai sebelum ini.

” Poligami itu indah kalau suami berlaku adil.”

” Ingin ditekankan bahawa saya bukanlah antipoligami dan ada juga orang label saya sebagai isteri derhaka kerana menuntut cerai.

” Sebenarnya poligami itu indah jika seorang suami itu bersikap adil tetapi saya ditipu oleh suami sendiri sebab dia sendiri tidak mahu berbincang sebelum ini.

” Jadi, semua benda pun sudah berlaku dan selama ini sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga,” katanya kepada Kosm0! Online hari ini.

Katanya lagi, dia reda dengan aturan hidup terutama apabila sudah memperjuang hak dan mempertahan rumah tangganya selama sembilan tahun.

” Saya sudah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan melakukan yang terbaik.

” Selain itu, saya sudah bincang dengan ahli keluarga dan mereka semua setuju dengan tindakan yang dibuat hari ini,” katanya lagi.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*