Habislahh Kali Ni.. Baru Je PuteriSarah Failkan Pnceraian, Sekali Tndakan Bakal Diambil Trhadap Kluarga Kazar

” Saya sudah fikir masak-masak. Tiada peluang kedua untuk Syamsul,”

Itu kata-kata pelakon, Puteri Sarah Liyana mengenai keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Puteri Sarah berkata, keputusan yang dibuat hari ini adalah muktamad.

” Ini jalan terbaik. Keputusan saya muktamad,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah yang tiba di Mahkamah Syariah pada jam 10.25 pagi dengan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz kelihatan gembira dan bersemangat.

” Saya gembira dan bersemangat,” katanya yang mengenakan jubah hitam.

Puteri Sarah berkata, dia juga gembira apabila dua adiknya hadir menemani.

” Saya sudah bersedia dan bersemangat sebab ada adik-beradik datang menemani,” katanya.

Selain dua adiknya, turut hadir adalah peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah.

Kira-kira 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan kes ibu kepada dua cahaya mata itu.

Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Tindakan bakal diambil terhadap keluarga Kazar

Pihak peguam Puteri Sarah Liyana akan mengambil tindakan lanjut di Mahkamah Sivil, di sini, susulan tindakan isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga Ira yang didakwa melanggar perintah injuksi seperti yang sudah difailkan tahun lalu.

Peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, mereka akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira, bapa dan kakaknya kerana secara terang-terangan melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sivil sebelum ini.

” Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patuh. Kita akan minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang sudah dilakukan.

” Perlanggaran perintah kali ini memang agak dahsyat.

” Mereka sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul tetapi kali ini agak berlebihan apabila mereka pula berkahwin di luar negara tanpa dapat izin mahkamah di sini,” katanya.

Pada 28 Jun tahu lalu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial atau mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.

Perintah terbabit juga bagi memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*